Siakap Keli

(Video) Boleh Runtuhkan Rumah, Kenali ‘Big Wind’, Jentera Pemadam Api Dilengkapi 2 Enjin Jet

Dalam dunia hari ini, pelbagai jentera bersaiz besar atau mega dapat dilihat dengan pelbagai fungsi masing-masing. Salah satunya adalah jentera pemadam api yang digunakan oleh ahli Bomba untuk mengawal kebakaran.

Namun, pernahkah anda terfikir mengenai kuasa daripada gabungan tangki Soviet lama dengan dua enjin jet Soviet bersama air? Inilah yang dinamakan Big Wind, sebuah jentera pemadam kebakaran yang membantu menghentikan kebakaran telaga minyak dengan efektif.

Pada Februari 1991, menjelang akhir Perang Teluk, tentera Iraq dilapor telah membakar 700 telaga minyak Kuwait, sehingga menjadikan padang pasir hampir sebagai apocalytic landscape. Sehingga 6 juta tong minyak yang dibakar setiap hari selama 30 minggu, menyebabkan api setinggi 300 kaki ke udara dan menutupi langit dengan asap hitam yang pekat. Dan disebabkan itulah, jentera Big Wind ini dapat menunjukkan kemampuannya yang sebenar.

Diilhamkan oleh Rusia, Big Wind terdiri daripada kapal tangki Soviet T-34 sejak Perang Dunia 2, dengan dua menara senapang yang digantikan oleh dua enjin pesawat MiG-21 dan enam muncung air. Ia kelihatan seperti sesuatu dari filem apabila kedua-dua enjin itu dihidupkan.

Big Wind bukanlah jentera bomba yang biasa. Jentera ini juga tidak sesuai digunakan dalam kebakaran rumah kerana lebih banyak kerosakan yang boleh terjadi daripada kebaikan yang diperolehi. Ini kerana dua enjin jetnya dapat menghasilkan 27,000 pounds tujahan, meniup udara seluas 4591 kaki padu dengan kelajuan sekitar 770 km/j. Ianya cukup untuk meniup tingkap dan pintu bahkan mungkin boleh meruntuhkan rumah.

Jentera pemadam kebakaran ini telah dibina khusus untuk memadamkan kebakaran telaga minyak. Arus udara kuat yang dipam keluar oleh dua enjin jet, dicampur dengan air keluar melalaui enam muncung di atas mesin, cukup untuk memutuskan aliran minyak yang keluar dari tanah, atau dengan kata mudahnya menghilangkan api di atas bahan bakar.

Big Wind telah melakar sejarah ketika Perang Teluk, iaitu berjaya memadamkan sembilan kebakaran dengan hanya tiga kru bomba yang mengendalikannya.

Tidak jelas adakah jentera mengagumkan ini masih digunakan pada hari ini, atau adakah versi yang lebih baru dibina, tetapi ianya tetap dianggap sebagai jentera pemadam api yang paling berkuasa di dalam sejarah manusia.

Jom tengok kemampuan Big Wind ketika dua enjit jet dihidupkan.

Sumber: Oddity Central

syafiq halim

Top Fan Sepanjang Masa