Siakap Keli

(Video) Penduduk Panik Dan Kagum Melihat Puting Beliung Di Pantai Banyuwangi, Indonesia

INDONESIA- Sebuah fenomena berlaku di Pantai Banyuwangi, Indonesia menunjukkan pusaran angin seperti puting beliung.

Menurut Times Indonesia, fenomena itu berlaku pada 4.14 petang waktu tempatan dan pusaran itu kemudiannya mulai terputus dan menghilang.

Walaupun pusaran angin itu tidak menghampiri kawasan darat, namun, beberapa kapal milik nelayan tempatan mengalami kerosakkan dilaporkan.

Fenomena pusaran angin tersebut dilihat secara jelas di beberapa kawasan. Antaranya di Pantai Marina Boom, Banyuwangi dan Pantai Cacalan.

Kejadian tersebut membuatkan sebahagian penduduk panik dan tidak kurang juga kagum dengan fenomena itu dengan merakam video.

Sementara itu, Badan Meteorologi, Klimatologi dan Geofizik (BMKG) Banyuwangi menyatakan bahawa fenomena itu merupakan pusaran air yang ditarik masuk ke awan dan biasanya berlaku sekitar 10- 20 minit.

“Fenomena ini biasa saja. Ia berlaku apabila keadaan awan dengan tenaga kuat menyebabkan terciptanya pusaran angin. Jika pusaran sampai ke kawasan darat, boleh terjadinya kerosakkan,” kata Dede Agus, kawil BMKG Banyuwangi.

Sumber: Times Indonesia

Atiqah Aliah

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.