Siakap Keli

(Video) Stesen Minyak Di Rusia Meletup, Sekurang-kurangnya 33 Orang Cedera

RUSIA- Satu letupan berlaku di stesen minyak di bandar ketiga terbesar di Rusia.

Kejadian yang berlaku di Novosibirsk itu telah mengakibatkan sekurang-kurangnya 33 orang cedera, lapor berita RIA Novosibirsk yang dikendalikan oleh kerajaan negara itu.

Salah seorang saksi kejadian sempat merakamkan video dan memuatnaik ke media sosial. Video tersebut menunjukkan api besar yang meletup ke udara.

Dilaporkan sekitar 17 orang daripada mereka yang cedera telah dirawat di hospital. Manakala tujuh yang lain berada dalam rawatan intensif, lapor RIA Novosibirsk yang dipetik dari kenyataan Kementerian Kesihatan daerah.

Menurut The Moscow Times, kebakaran meliputi kawasan seluas lebih 1,000 meter persegi.

Oleh itu, Jawatankuasa Penyiasat telah membuka kertas siasatan bagi mengetahui sama ada terdapat pekerja yang melanggar syarat keselamatan hingga menyebabkan letupan berlaku.

Seterusnya, pihak berkuasa telah menahan pengurus stesen minyak berkenaan.

Sumber: The Moscow Times

Atiqah Aliah

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.