Siakap Keli

Wanita Dilapor Muntah 50 Kali Sehari Ketika Hamil, Hilang Separuh Berat Badan

ENGLAND- Seorang wanita dilaporkan kehilangan separuh dari berat badan asalnya ketika mengandung. Dia mengalami alahan teruk menyebabkan dia akan muntah lebih 50 kali sehari.

Michelle Stevens, 33 tahun, kehilangan kira-kira 49 kilogram (kg) semasa mengandungkan Ollie, anak lelakinya.

Menurut The Sun, wanita itu mengalami hiperemesis gravidarum yang menyebabkan mual yang berterusan dari usia empat minggu hingga melemahkan badannya.

Wanita itu berkata, dia hampir tidak mampu makan ataupun minum selama sembilan bulan dan dia kerap dimasukkan ke hospital.

“Doktor kata, keadaan yang saya alami adalah yang teruk pernah mereka lihat. NAmun, ianya berbaloi melihat Ollie membesar,” kata Michelle.

“Saya keluar masuk hospital dan akan diberikan air dalam tiub IV dan makanan dalam tiub. Ianya kerana saya kekurangan air dan zat makanan,” tambah ibu kepada tiga anak itu.

Walaupun telah selamat melahirkan, wanita itu berkata kini mengalami ‘masalah’ dibahagian perut. Dia dikatakan tidak dapat menambahkan berat badan serta apabila makan dia akan berasa sakit.

“Saya akan berjumpa dengan pakar untuk mengetahui lebih lanjut,” kata wanita itu lagi.

Sumber: The Sun

Atiqah Aliah

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.