Siakap Keli
Gambar: KKM

Buat Pertama Kali, Hospital Pakar Kanak-Kanak UKM Terima Kemasukan Pesakit COVID-19 Semalam

Hospital Pakar Kanak-Kanak Universiti Kebangsaan Malaysia (HPKK UKM) telah mula menerima pesakit COVID-19 pada semalam, umum Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Datuk Seri Dr. Noor Hisham Abdullah.

Jelasnya, pengambilmilikan sementara hospital tersebut dibuat oleh Kementerian Kesihatan (KKM) menggunakan kuasa di bawah Seksyen 3 & 4, Ordinan Darurat 2021 bagi membantu kementerian tersebut meningkatkan kapasiti rawatan COVID-19 di sekitar Lembah Klang.

“Hospital ini menerima rujukan hanya dari Pusat Kawalan COVID-19 Bersepadu Wilayah Tengah yang berperanan mengkordinasi pergerakan dan penempatan pesakit COVID-19 di Selangor dan Kuala Lumpur.

“Setakat pagi ini, terdapat 14 pesakit dengan gejala serius sudah dimasukkan ke hospital ini termasuk seorang di unit rawatan rapi (ICU),” kataya menerusi ciapan di Twitter pagi ini.

Untuk rekod, HPKK UKM baru siap dibina baru-baru ini dan kemasukan pesakit COVID-19 semalam adalah kali yang pertama hospital tersebut menerima pesakit.

Gambar: KKM
Gambar: KKM
Gambar: KKM

Sumber: Twitter Dr. Noor Hisham

Nur Adnin

'Jilat luka, tampal parut jadi lencana'