Siakap Keli

Dakwa Isteri Dibunuh Oleh Penyamun, Siasatan Polis Bongkar Penipuan Suami Yang Tak Disangka-sangka

BRITAIN- Berita mengejutkan apabila mangsa suatu pembunuhan terdedah melalui monitor nadi dan aplikasi fitness ditelefonnya berserta tiga petunjuk utama lain.

Babis Anagnostopoulos, 33 tahun, mengaku mencekik isterinya (mangsa), Caroline Crouch, 20 tahun selepas polis mengemukakan bukti baru.

Dia pada mulanya mendakwa seorang penyamun memecah masuk rumahnya di Alonissos, Breek. Kemudiannya, mengikat dan menutup mata mereka sebelum menyeksa dan membunuh Caroline dihadapan anak perempuan mereka yang berusia 11 bulan.

Namun, detektif berjaya merungkai penipuan itu dengan menganalisis peranti digital yang digunakan pasangan itu.

Mereka mendapati bahwa Babis sebenarnya dia bergerak ketika seharusnya dia diikat, manakala jantung Caroline berhenti berdegup beberapa jam sebelum rompakan berlaku, lapor The Sun.

Selain itu, kamera litar tertutup (CCTV) terlebih dahulu dirosakkan oleh juruterbang itu. Dilaporkan, pada malam kejadian mereka bertengkar dan Caroline nekad untuk ke hotel untuk memenangkan diri.

Seterusnya, polis mendedahkan Babis terdapat pergerakan yang menunjukkan dia berulang-alik ke loteng ke ruang bawah. Sedangkan, dia memberitahu bahawa dia diikat oleh penyamun pada waktu itu ketika memberi keterangan.

Babis berkata, dia tidak sedarkan diri selama 30 minit kerana pita yang diikat pada lehernya. Tetapi, data ditelefonnya menunjukkan bahawa terdapat pergerakan semasa dia didakwa diikat di katil.

Petunjuk kedua adalah dari jam tangan biometrik Caroline yang dipakai sewaktu kejadian. Ia menunjukkan bahawa jantung mangsa berhenti berdegup sebelum waktu Babis mendakwa dia dibunuh oleh penceroboh.

Untuk menyakinkan penipuannya, dia sanggup menenggelamkan anjing peliharaan mereka dan mengantung badannya.

Penyiasat akhirnya menyedari berbezaan pernyataan Babis mengenai situasi kejadian. Mereka mendapati CCTV dirosakkan sewaktu mereka dalam perjalanan ke lokasi kejadian dan membongkar penipuan Babis.

Sumber: The Sun   

Atiqah Aliah