Siapa yang membela kucing di rumah, tahulah macam mana cabaran untuk menjaga dan menguruskan kebersihan diri si bulus tu kan?
Kalau bulu dah panjang sangat, lebih-lebih lagi yang jenis baka bulu tebal, sampai masanya kena ‘trim’. Tak boleh dibiarkan terus memanjang, bimbang berlaku masalah nanti.
Demikianlah rutin yang dijalani Anas Abu Amsyar sepanjang menjalankan servis menguruskan kebersihan diri kucing. Bermacam-macam karenah yang dihadapinya.
Jom ikuti dua kisah menarik ketika jalankan sesi ‘grooming’ si bulus di bawah ini.
Dekat 5 jam nak ‘setelkan’
Anas berkongsi pengalamannya ini dalam satu perkongsian di group komuniti Peminat Kucing Utara (Perlis, Kedah, Penang dan Perak) baru-baru ini.
Perkongsian Anas adalah seperti berikut:-
Grooming yang ni memang betul-betul cabaran untuk mental dan fizikal. Dekat lima jam abang nak setelkan dia. Fuh, Alhamdulillah. Berjalan lancar.
Proses grooming: detangling + hair recovery + hair softening
Jom tengok si bulus berbulu tebal yang Anas ‘setelkan’ ni. Tebal sungguh naa.

Keadaan sebelum. Nampak tak, betapa tebalnya bulu si bulus ni. Sudahlah tebal, malah turut bergumpal teruk juga. Manalah tak masam muka dia.

‘Macam kena cabut bateri’. Selaku pakar dalam grooming kucing, mesti Anas ada ‘kunci rahsia’ yang boleh buatkan si bulus ni jadi diam.

Lepas ‘ditrim’, anda boleh lihat sendiri betapa banyaknya bulu-bulu lebihan pada badan si bulus ni. Tercengang kejap miaw sampai bertanya, “Eh..bulu siapa ni daddy?”

Lepas dah siap semuanya, barulah si bulus ni kembali aktif. Bak kata Anas, macam pasang bateri balik. Bukan main ligat lagi dia. Ewah.
Fighter yang tersakiti
Selain itu, Anas juga berkongsi pengalaman menguruskan seekor lagi si bulus. Kali ini, si bulus ini dikatakan bukan ‘kaleng-kaleng’ punya kucing.
Si putih berbulu gebu ni namanya Comel. Tapi Anas menggelarkannya sebagai ‘fighter yang tersakiti’.
“Budak ni owner bagi nama Comel. Tapi jangan mudah tertipu dengan muka innocent dan warna putih dia. Sebenarnya beliau merupakan seekor fighter sejati. Penuh bekas parut dari pertempuran terdahulu.”
Jom kita lihat pula proses ‘grooming‘ si fighter comel ni.

Ganas betul muka si fighter ni. Takda ‘can’ langsung orang kata. Tapi tulah, biasanya yang jenis muka samseng ni mula-mula je.
Tengok gambar seterusnya.

‘Fighter yang tersakiti’. Hilang terus muka fighter tu bila dah kena air sabun.

Rehat kejap sambil ‘pekena’ angin bagi segar balik.

Fighter dah kembali & siap bertaubat lagi. Alhamdulillah, dah kembali ke pangkal jalan.
Macam-macam perangai yang ditunjukkan si bulus ini. Acah-acah jadi fighter lah, bateri kena cabutlah, last-last bila dah cantik barulah nak jadi baik.
Terhibur betul dengan karenah si bulus ni. Kucing anda macam mana pula?
Sumber: Anas Abu Amsyar