Siakap Keli

Geng ‘Mat Moto’ Berganding Bahu, Sumbang Lebih RM17K Kepada Palestin Hasil Jual T-Shirt

Entah bila menemui jalan penamatnya, konflik di Palestin masih lagi berlarutan sehingga ke hari ini. Penindasan demi penindasan, rakyat di negara tersebut terus hidup dalam keadaan yang amat sukar dan menyedihkan.

Mungkin kita di sini tidak mampu untuk sama-sama turun berjuang bersama mereka di sana, tetapi doa berserta sumbangan untuk mereka sudah pun mencukupi.

Mengambil kira perkara tersebut, sebuah kelab pencinta motosikal yang dikenali sebagai Sofea Racing Team telah berganding bahu mengumpulkan sumbangan untuk diberikan kepada penduduk Palestin.

Melalui perkongsian kelab itu di Facebook, sebanyak RM17,315 telah berjaya dikumpulkan hasil daripada jualan t-shirt edisi ‘Sofearacing Stand With Palestine’.

Hasil jualan itu dikatakan akan disalurkan ke dalam tabung Aman Palestin. Mari ikuti perkongsian mereka di bawah ini.

Allahhuakbar!! Allahhuakbar!! Allahhuakbar!!

Salam Jumaat Penghulu Segala Hari,
Syukur Alhamdulillah,semalam berakhirlah juaIan tshirt edisi “Sofearacing Stand With Palestine”

Seperti yang diberitahu sebahagian daripada hasil juaIan dan pembeIian tshirt kita akan sama sama salurkan kepada tabung AmanPalestin sebagai sumbangan kepada saudara kita disana

Alhamdulillah,jumlah kutipan dari hasil juaIan adalah sebanyak RM17,315,00 (TUJUH BELAS RIBU TIGA RATUS LIMA BELAS RINGGIT MALAYSIA) dan telah kita salurkan kepada @mapimofficial untuk saudara kita disana

Tahniah dan ribuan terima kasih kami ucapkan kepada semua supporter yang membeli tshirt dan #sofearacing terlibat

semoga sumbangan yang tak seberapa dari kita semua matrempit dapat membantu serba sedikit mereka disana,inshaAllah ..
Alhamdulillah

Sumber: sofea_pejuang kelajuan

Sofea

There's always another side to every story