Kalau di Malaysia, buah rambutan ada musimnya, buah durian ada musimnya, buah mata kucing serta ciku pun ada musimnya.
Apabila tiba musim buah-buahan ini, dah tentu ia banyak dijual di pasar basah, pasar raya mahupun di tepi-tepi jalan dan sangat dicari ramai.
Tapi bagaimana pula ‘suasana’ musim buah di negara lain ye? Lebih khusus lagi, macam manalah agaknya kalau buah ‘orang putih’ macam strawberi tiba pada musimnya ye?
Seorang netizen ‘orang kita’ yang menetap di Indiana, USA, Princess Naznin ada berkongsi tentang buah-buahan seperti strawberi, mulberi dan ceri ketika musim panas di sana sekarang.
Jom ikuti perkongsiannya dalam group Masak Apa Hari Ini (MAHN) di bawah ini. Dapatlah kita tengok macam mana musim buah di US sana.
Strawberi, mulberi & ceri masak ranum kat belakang rumah

Kata Princess Naznin:-
Sekarang musim panas di US sini. Pokok-pokok pun buah lebat sangat. Petik cherry liar, mulberry warna putih dan merah hitam, manis sangat-sangat.
Pokok mulberry ada tiga (3) pokok besar belakang rumah. Berkongsi rezeki dengan burung pun buah masih lebat setiap hari.
Strawberry tu dah boleh ganti gula sebab manis sangat-sangat.
Alhamdulillah murah rezeki Allah bagi. Itulah nikmat musim panas sini..
Di bawah ini adalah gambar buah-buahan yang dipetiknya. Orang kata, ‘segar dari ladang’. Jom kita tengok buah-buahan di US ni.



“Mulberry dari pokok belakang rumah saya. Buah warna putih manis sangat,” katanya menerusi kapsyen gambar tersebut.
Selain itu, Princess Naznin juga selalu berkongsi video beliau menjalani rutin harian di sekitar bumi Uncle Sam itu di siaran Youtubenya, NAZ Lifestyle.
Salah satu pengalaman menariknya di sana yang mungkin kita tak dapat rasainya di Malaysia adalah memasak nasi goreng di belakang rumah ketika musim sejuk.
Nak tahu macam mana suasananya bermain dengan api dan salji? Jom tonton video di bawah ini.
Sumber: Princess Naznin melalui Masak Apa Hari Ini