Siakap Keli
Gambar: Google

Ramai Tak Tahu, Tolong Jangan Simpan 7 Makanan Ni Dalam Peti Sejuk

Biasanya kalau lepas beli barang dapur, kita mesti akan menyimpannya ke dalam peti sejuk supaya tahan lebih lama, betul tak? Antara benda yang selalu kita buat begini ialah buah tembikai, bawang, tomato dan lain-lain.

Tapi tahukah anda, sebenarnya ada beberapa benda tidak elok disimpan terus ke dalam peti sejuk sebab dibimbangi akan merosakkan struktur atau khasiat semulajadinya. Mari kita lihat tujuh benda yang dilarang disimpan dalam peti sejuk di bawah ini.

7 benda yang  dilarang simpan dalam peti sejuk

1. Tembikai

Gambar: Bobvila

Kalau dah beli buah tembikai, jangan simpan dalam peti sejuk dalam keadaan belum dipotong sebab ia sangat memakan ruang. Tambahan pula, cara simpanan sebegitu akan melambatkan proses ‘matangnya’. Simpan sahaja di luar dengan suhu bilik.

Selain itu, kalau dah potong pula, boleh simpan dalam peti sejuk tapi jangan terlalu lama, pastikan tidak lebih tiga hari. Suhu yang sejuk dipercayai boleh mengurangkan antioksidan sihat dalam buah tembikai.

2. Madu

Gambar: Bobvila

Madu mengandungi kadar gula yang tinggi dan sebagai bahan pengawet semulajadi, ia tidak perlu disimpan dalam keadaan sejuk. Malah apabila disejukkan dan dikeluarkan dari peti sejuk, khasiatnya dipercayai ‘tidak sama’ lagi berbanding asalnya.

Selain itu, madu juga boleh jadi lebih likat dan mengeras jika disimpan dalam peti sejuk. Kalau terjadi sebegini, jangan panaskannya di atas api atau air mendidih. Biar saja ia ‘mencair’ dengan sendirinya.

3. Kopi

Gambar: Bobvila

Khas buat ‘kaki kopi’, kalau anda nak menikmati kopi panas yang segar di pagi hari, jangan sesekali simpan ‘bean’ kopi tu dalam peti sejuk. Biar saja disimpan di luar pada suhu bilik menggunakan bekas yang bertutup ketat.

Selain itu, ‘bean’ kopi juga boleh menyerap bau makanan lain yang ada dalam peti sejuk, ini sekaligus membuatkan kopi anda akan ‘bercampur-campur’ rasa dan baunya. Paling terbaik, simpan bekas berisi ‘bean’ kopi di tempat gelap tanpa terdedah kepada cahaya.

4. Tomato

Gambar: Bobvila

Kalau nak tomato yang dibeli tu sentiasa segar, jangan simpan di dalam peti sejuk. Setelah ia dipetik dari pokoknya, tomato akan terus menuju proses matang dan masak dengan lancar sekiranya ia berada dalam suhu bilik.

Selain itu, suhu sejuk seperti peti sejuk juga akan mengganggu proses kematangannya, selain dipercayai akan mengubah rasa semulajadinya. Biarkan saja ia disimpan di luar, dengan syarat elakkan terdedah terus kepada cahaya matahari.

5. Epal

Gambar: Bobvila

Untuk mengekalkan rasa semulajadi epal, lebih elok sekiranya ia disimpan di atas meja saja. Walaupun epal kelihatan lebih segar kalau disimpan dalam peti sejuk, namun kandungan ethylene (agen pematangan) yang ada pada kulitnya akan menyebabkan makanan lain berhampirannya rosak.

Sekalipun nak simpan epal dalam suhu sejuk, pastikan ia disimpan dalam bekas khas kedap udara dulu, baru boleh dimasukkan ke dalam peti. Ini penting bagi mengelakkan makanan lain ‘terkesan’ di samping ia tetap kekal segar.

6. Bawang putih

Gambar: Bobvila

Bawang putih ini ibarat ‘nyawa’ dalam masakan. Biasanya orang kita gemar menyimpannya dalam peti sejuk dalam keadaan belum dipotong, tapi jangan terkejut kalau tiba-tiba nampak pucuk hijau mula menjalar keluar. Sebaiknya simpanlah di tempat yang kering.

Seperkara lagi, elakkan simpan bawang putih dalam peti sejuk kerana ia akan mengganggu bau makanan lain. Kalau sudah potong sekalipun, jangan simpan dalam peti sejuk lebih dari sehari. Ia mungkin masih elok tapi ‘rasanya’ tidak lagi sesegar dulu.

7. Makanan dalam tin yang sudah dibuka

Gambar: Bobvila

Sebaik saja dibuka, jangan simpan makanan dalam tin ini ke dalam peti sejuk. Walaupun suhunya yang sejuk boleh membuatkannya tahan lebih lama, tapi makanan tersebut boleh ‘menarik’ rasa logam tin tersebut melalui asid ke dalamnya & sekaligus mencacatkan rasanya.

Cara yang lebih baik adalah tukarkan terlebih dulu makanan dalam tin itu ke dalam bekas yang lain, kemudian baru simpankannya ke dalam peti sejuk. Makanan akan kekal tahan lama, sekaligus tidak ‘terganggu’ rasanya dengan logam tin tersebut.

Sumber: Bobvila

Nur Adnin

'Jilat luka, tampal parut jadi lencana'

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.