Siakap Keli

Saintis China Dilapor Buat Eksperimen Gabungkan Tikus Jantan Dengan Betina, ‘Paksa’ Tikus Jantan Bunting

CHINA- Satu kumpulan dari Universiti Perubatan Naval di Shanghai menggunakan eksperimen ‘Frankenstein‘ untuk buntingkan tikus jantan.

Langkah pertama, mereka menggabungkan tikus jantan dan betina dengan mencantumkan kulit mereka bertujuan bagi menggabungkan darah mereka.

Langkah kedua pula, memindahkan rahim dari tikus betina lain ke dalam badan tikus jantan. Seterusnya, mereka tanamkan embrio ke dalam badan kedua-dua tikus tersebut.

Mereka akan biarkan embrio berkembang selama 21.5 hari sebelum saintis membuat pembedahan caesarean.

Selepas melahirkan, pasukan sekali lagi membuat pembedahan bertujuan untuk memisahkan mereka dan mendapati tikus jantan dapat bertahan hingga tiga bulan selepas pembedahan.

The Sun melaporkan bahawa penyelidik menyatakan bahawa kajian dibuat menunjukkan tikus yang lahir dari eksperimen itu hidup hingga dewasa dan tiada masalah kesihatan.

Namun, mereka juga menemukan beberapa “janin yang tidak normal” yang mempunyai “morfologi dan berbezaan warna dengan janin normal”, ataupun “atrofi atau pembengkakan plasenta”.

“Pertama kalinya, model kehamilan oleh mamalia jantan dicipta oleh kami,”

“Penyelidikan kami memungkinakan perkembangan embrio normal pada mamalia jantan. Kami akan mendalami lagi penyelidikan biologi pembiakan,” tulis mereka dalam satu majalah penyelidikan.

Bagaimanapun, Penasihat Dasar Sains Kanan PETA, Emily Mclvor mengambarkan kajian itu sebagai “kejam” dan mengkritik penyelidikan itu.

“Kajian ini kejam kerana memaksa tikus betina dan jantan digabungkan. Mereka menanam rahim dan embrio kerana mahu buktikan mereka ‘berjaya’ menghasilkan kajian baru.”

“Tujuan eksperimen hanya kerana ingin tahu sahaja bukan untuk bertujuan mengembangkan pembiakan manusia. Haiwan layak dihormati dan bukannya tinggal di bilik makmal,” katanya pada Mail Online.

Tambah beliau, menggabungkan dua tikus secara pembedahan membuatkan mereka terseksa dan tidak beretika.

Sumber: The Sun

Atiqah Aliah

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.