Siakap Keli

Salon Kecantikan Kuku Di Dubai Tanam Cip Dalam Kuku Kerana Pandemik

DUBAI- Sebuah salon kecantikan di Dubai menanam mikrocip pada kuku pelanggannya.

Lanour Beauty Lounge, menawarkan mikrocip yang dapat memuatkan maklumat yang berfungsi sebagai kad perniagaan digital atau menyampaikan maklumat.

Menurut CNN, mereka menggunakan teknologi komunikasi medan dekat untuk berhubung dengan peranti mudah alih.

“Kami memasukkan maklumat yang anda mahukan. Seperti nama, nombor teefon, akaun media sosial dan juga laman web,” kata pengasas salon, Nour Makarem kepada CNN.

Beliau mula menawarkan “kuku pintar” itu kerana pandemik.

“Cabaran yang perlu ditempuhi adalah bagaimana membuatnya (cip) bersaiz kecil agar sesuai dengan kuku,” tambahnya.

Menurut Lanour Beauty Lounge, salon itu telah menyediakan lebih 500 microchip manicures.

Makarem berharap mikrocip kuku ini mampu digunakan pada masa depan seperti menu restoran digital.

Sumber: CNN

Atiqah Aliah