Siakap Keli

Sekumpulan Penyamun Nigeria Bunuh Polis Dan Culik Lebih 80 Pelajar Dan Guru Di Sebuah Sekolah

NIGERIA- Sekumpulan penyamun bersenjata membunuh seorang polis dan menculik sekitar 80 pelajar dan beberapa guru di sebuah sekolah di Kebbi, Nigeria.

Kejadian berlaku berkemungkinan dilakukan bermotifkan meminta wang tebusan, lapor Kompas.com.

Jurucakap Polis Negara Kebbi, Nafiu Abubakar berkata, terdapat kes tembak-menebak sebelum terjadinya penculikkan berlaku.

Dalam kes itu, seorang polis mati ditembak dan manakala seorang pelajar ditembak sedang menerima rawatan lanjut.

Sementara itu, Jurubahasa Gabenor Negara Bahagian Kebbi mengatakan mereka masih mengira jumlah mangsa penculikan.

Bagaimanapun, seorang guru di sekolah itu, Usman Aliyu, memaklumkan bahawa mangsa penculikan adalah lebih 80 pelajar, lapor Reuters.

Satu pasukan telah dibentuk bagi melakukan pencarian di hutan terdekat bagi mencari pelajar dan guru yang diculik.

Sumber: Kompas.com

Atiqah Aliah