Siakap Keli
Gambar: The Indian Express

Tak Sangka, Jika Pengikut Media Sosialnya Dikumpulkan, Ronaldo Boleh ‘Cipta’ Negara Ketiga Rakyat Paling Ramai Di Dunia, Atasi Amerika & Rusia

Pada baru-baru ini, bintang bola sepak dunia iaitu Cristiano Ronaldo telah muncul sebagai manusia pertama yang mempunyai lebih 300 juta pengikut di media sosial Instagram.

Pemenang 5 kali anugerah Ballon d’Or itu telah menjadi tajuk utama sejak kebelakangan ini apabila dia mengalihkan botol Coca-Cola ketika di sidang media.

Umum telah mengetahui bahawa penyerang Juventus itu sangat menitik beratkan kesihatan dan pemakanannya. Justeru daripada itu, semasa beliau bertindak sedemikian, beliau sempat untuk memberi pesanan supaya meminum air kosong sambil menunjukkan botol mineral yang dipegangnya pada ketika itu.

Kerana pengaruhnya yang luas, tindakannya itu telah menyebabkan harga saham syarikat Coca-Cola dilaporkan merosot sebanyak 4 bilion dollar.

Siapa sahaja yang tidak mengenali selebriti sukan dunia ini. Pada ketika ini, jumlah pengikutnya jika dicampur dengan semua akaun media sosialnya seperti Fb, IG dab Twitter, jumlahnya adalah 541,300,000.

Justeru, tidak hairanlah mengapa setiap tindakan yang dibuat olehnya mampu memberikan impak yang besar kepada sesuatu benda.

Oleh kerana beliau sangat berpengaruh, SK ada buat kira-kira sikit. Jika semua jumlah pengikut Cristiano Ronaldo di media sosial dicampurkan sebagai ‘rakyat’ dan Ronaldo itu sendiri adalah ‘negara’, beliau boleh menjadi negara yang ketiga mempunyai populasi penduduk paling ramai di dunia dengan mengatasi Amerika Syarikat di tangga keempat dengan populasi seramai lebih 331 juta penduduk, merujuk angka dari World Odometer.

Tempat pertama adalah negara China dengan 1.4 bilion penduduk diikuti dengan negara India dengan 1.3 bilion.

Disebabkan pengikut di akaun media sosialnya agak ramai, beliau sebenarnya mampu untuk menampung hidupnya menerusi platform sosial media sahaja.

Ini kerana, bayangkan satu posting yang dibuat olehnya sahaja mampu untuk menjana sebanyak RM 5.5 juta.

Banyak bukan?

Jadi, adakah anda salah seorang pengikutnya di laman media sosial?

Sumber: Oh My Goal, World Odometer

Aqmal Ezany

I write what is right