Siakap Keli
Gambar Sekadar Hiasan

TERKINI COVID-19: Kembali Bawah 6K, Sebanyak 5,911 Kes Baharu Dicatatkan Hari Ini

Kementerian Kesihatan (KKM) melaporkan terdapat pertambahan 5,911 kes COVID-19 baharu yang direkodkan pada hari ini.

Angka tersebut menjadikan jumlah kumulatif kes COVID-19 negara kini meningkat kepada 691,115 kes.

Berdasarkan data KKM, Selangor kekal mencatatkan angka harian tertinggi dengan 2,111 kes, diikuti Negeri Sembilan dengan 770 kes dan Sarawak sebanyak 569 kes.

Jumlah kes sembuh dan kematian terkini akan dimaklumkan kemudian.

Sumber: KKM

Nur Adnin

'Jilat luka, tampal parut jadi lencana'