Siakap Keli
Gambar: BERNAMA

”Varian Baharu Makin Mengganas, Teruskan Berjuang Petugas Barisan Hadapan” – Dr. Noor Hisham

‘Perjalanan’ menempuh wabak COVID-19 ini masih belum menunjukkan sebarang tanda-tanda penamatnya. Tidak dinafikan, petugas barisan hadapanlah insan paling ‘bermati-matian’ menentang serangan virus ini.

Apatah lagi kemunculan varian-varian virus baharu yang lebih mengganas, menggamitkan lagi keadaan negara sehingga ke hari ini.

Demikian itu, Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Datuk Seri Dr. Noor Hisham Abdullah selaku ‘jeneral’ dalam peperangan ini sekali lagi meniup ‘semboyan’ kata-kata semangat buat anak juangnya.

“Buat petugas-petugas barisan hadapan, teruskan berjuang menentang COVID-19. Kita adalah benteng pertahanan negara.

“Terkini dengan varian-varian baharu, virus ini semakin mengganas menjangkiti lebih ramai orang dengan cepat & mengakibatkan kes kematian yang tinggi,” serunya dalam satu kenyataan.

Marilah bersama-sama kita mendoakan agar ‘frontliners’ terus cekal berdiri teguh mendepani peperangan ini.

Dalam masa sama, jalankanlah tanggungjawab kita sebagai orang awam yang prihatin dengan terus mematuhi prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan.

Sudah dua tahun, marilah kita berusaha putuskan rantaian jangkitan COVID-19 ini & kembali hidup normal seperti sediakala. Kita mampu sebenarnya.

Sumber: FB Dr. Noor Hisham

Nur Adnin

'Jilat luka, tampal parut jadi lencana'

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.