Siakap Keli

(Video) Hanya Guna 3 Bahan Mudah & Buat Sendiri Di Rumah, Ini Cara Nak Buat Perangkap Lalat Yang Berkesan

Lalat merupakan serangga biasa yang sering dilihat menghurung makanan atau sebarang kekotoran. Jika dibiarkan sahaja, ia boleh memberikan ancaman yang buruk kepada kesihatan manusia.

Tidak cuma itu, kehadiran serangga itu dalam kuantiti yang banyak juga terkadang boleh menganggu ketenangan di rumah.

Disebabkan itu, kebersihan kawasan rumah perlulah sentiasa diselenggara dan dijaga dengan sebaiknya bagi mengelakkan kehadiran serangga itu.

Buat perangkap lalat sendiri

Selain menggunakan racun serangga, umpan yang beracun dan pelekat lalat, sebenarnya korang juga boleh buat perangkap lalat sendiri di rumah.

Senang sahaja, korang hanya perlu menyediakan tiga bahan utama iaitu gula perang, madu dan air.

Oh ya tidak dilupakan juga korang perlu memotong satu botol untuk mengisi bahan-bahan tersebut. Campurkan semua bahan tersebut, masukkan ke dalam botol dan tunggu lalat menghingapnya.

Untuk melihat cara membuatnya dengan lebih jelas, mari kita tengok video di bawah ini.

@jdeleon716

How to trap and kill flies #flies#diy #dead#house#goals#homeremedy #mood

♬ Taste It – Ikson

Nampak mudah kan? Nanti bolehlah cuba buat sendiri, mungkin dengan cara ini masalah lalat dekat rumah korang tiada lagi. Semoga bermanfaat.

Sumber: jdeleon716

Sofea

There's always another side to every story