Siakap Keli

(Video) “Ya Allah, Kesiannya..” Sebak Tengok Remaja Jual Burger Dalam Hujan, Azad Jasmin ‘Seru’ Orang Ramai Tolong Beli

Orang kata, dalam rezeki kita mesti ada rezeki orang lain. Ketika waktu pandemik COVID-19 ini, bermacam-macam cara yang kebanyakan orang buat untuk mencari rezeki demi hidup.

Walaupun terpaksa hadapi cabaran di sekeliling, namun ‘misi’ mencari rezeki demi kelangsungan hidup tetap perlu diteruskan. Datanglah ujian dan dugaan sebesar mana sekalipun, mereka tetap ampuh.

Hari ini, pengacara terkenal, Azad Jasmin berkongsi di Instagramnya tentang seorang remaja peniaga burger di Shah Alam. Namun apa yang menyentuh hati, remaja ini gigih berniaga walaupun cuaca sedang hujan lebat.

Jom klik gambar ni untuk tonton video.

Azad menulis kapsyen;

“Tolonglah, sesiapa yang lalu kot area Shah Alam, tolonglah budak ni. Dia tak mintak duit, dia cuma minta anda kalau terjumpa dia, belilah burger dia nah. Anda bantu dia Allah SWT guarantee bantu anda. Hujan rahmat, Ya Allah ku pohon padaMu, jagalah insan ini bersama keluarganya, amin amin amin. Kita bersenang di rumah, mereka mencari rezeki dalam hujan di luar..”

Apa kata netizen

Sementara itu, video ini ditonton oleh ramai netizen dan rata-ratanya turut tersentuh hati melihat usaha remaja ini yang gigih biarpun terpaksa bermandi hujan.

Jom lihat apa kata netizen di bawah ini.

“Sama-samalah membantu..tahniah..”

“Allah siannya cari rezeki terpaksa redah hujan camni..”

“Jangan letak harga…”

Semoga rezeki remaja ini berlimpah-ruah hendaknya. Amiin.

Sumber: Instagram Azad Jasmin

Nur Adnin

'Jilat luka, tampal parut jadi lencana'