Siakap Keli

Cuba Pecah Rekod Dunia, Biker Maut Ketika Lakukan Lompatan Bahaya

Pada 17 Jun, seorang penunggang motosikal maut ketika cuba memecah rekod dunia.

Mangsa, Alex Harvill, 28 tahun, berusaha memecah Rekod Dunia Guinness kategori Lompatan Motosikal Terpanjang di Pameran  Tasik Moses di Wahington, tulis penganjur di Facebook.

Menurut People.com, rekod lompatan yang perlu dikalahkan oleh Harvill adalah sepanjang 351 kaki.

Pejabat Sheriff Grant County mengesahkan bahawa Harvill mati setelah dibawa ke hospital. Pihaknya akan melakukan bedah siasat pada 18 Jun bagi mengetahui punca dan bagaimana kematian Harvill.

Menurut laporan, Harvill meninggalkan isterinya Jessica dan dua anak lelakinya Willis berusia empat tahun dan Watson berusia empat minggu.

Sumber: people.com

" "