Siakap Keli
Gambar: Dynamite News

Dipercayai Rogol Nenek Berusia 60 Tahun, Pemuda Berusia 23 Tahun Ditahan

Seorang lelaki berusia 23 tahun dilaporkan telah berjaya di tahan selepas didakwa merogol seorang nenek yang berusia 60 tahun di Banten, Indonesia.

Menurut portal Detiknews.com, suspek merupakan jiran kepada mangsa tersebut.

Peristiwa itu dilaporkan terjadi pada Khamis (17/6) pagi. Suspek dilaporkan telah ditangkap selepas sehari jenayah tersebut dilakukan.

Kejadian itu bermula ketika anak kepada mangsa menangkap suspek baru sahaja keluar dari rumahnya. Kerana curiga, anak mangsa segera masuk ke dalam rumah dan menjumpai mangsa tidak berseluar.

“Saksi iaitu anaknya mendapati bahawa mangsa berada dalam keadaan tidak berseluar dan di seluarnya terdapat air mani,” ujar pegawai polis bernama AKP Rustantyo.

Rustantyo menyatakan pelakunya adalah jiran mangsa sendiri. Selanjutnya, Rustantyo menyatakan bahawa motif suspek melakukan sedemikian adalah satu kesalahan.

Pihak polis telah merampas sejumlah barang bukti kejadian tersebut dan siasatan berhubung insiden itu sedang dijalankan.

Sumber: Detiknews.com

"