Siakap Keli
Gambar: TikTok @niksalsabila23

Hanya Perlu Langgan Kad Sim ‘Unlimited’ Data, Korang Perlu Ada ‘Pocket Wifi’ Ini Untuk PdPR Atau WFH

Artikel ini diolah & diterbitkan ke Siakap Keli dengan kebenaran dari sumber asal.

Semenjak wabak COVID-19 menular di Malaysia awal tahun lalu, kebanyakan institusi pengajian menggunapakai kaedah pembelajaran terbuka secara atas talian (ODL). Kaedah ini sememangnya sangat praktikal untuk mengurangkan kontak fizikal dan mencegah penyebaran wabak.

Kaedah pembelajaran secara ODL ini dijalankan melalui pelbagai plaform atas talian. Pengajar dan pelajar selalunya akan mengadakan sesi pembelajaran secara virtual melalui panggilan video.

Walaupun begitu, pembelajaran secara ODL memerlukan capaian internet yang stabil. Bagi sebilangan besar pelajar, mungkin capaian internet menjadi masalah dan tak semua tergolong dalam keluarga yang mampu melanggan WiFi bulanan. Tambahan pula, kos untuk memasang router WiFi bukanlah murah.

Oleh itu, pengguna TikTok @niksalsabila23 ini berkongsi salah satu alternatif yang mungkin membantu pelajar mendapatkan capaian internet yang lebih stabil dengan harga terjangkau. Dalam video tersebut, Nik Salsabila menunjukkan router WiFi menggunakan kad sim yang dibelinya melalui Shopee.

Kad sim data tanpa had yang dilanggan mestilah yang dibenarkan oleh telco untuk digunakan melalui modem atau router

Video ini mendapat 1.2 juta tontonan dan 126.4 ribu sukaan setakat ini.

@niksalsabila23

Benda yang paling fx aku purchase kat shoppe ✨ #wifirouter #studenthack

♬ Makna Cinta – Rizky Febian

Nak dapatkan router WiFi kad sim dengan harga mampu milik, boleh dapatkan di sini.

Sumber: TikTok @niksalsabila23

Eyla Azri

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.