Siapa yang tak nak beli rumah kan? Tak kiralah untuk duduk sendiri atau sebagai pelaburan sahaja, membeli rumah memang satu ‘keperluan’ yang menjadi impian semua orang.
Tetapi, ramai yang masih tak tahu cara nak mula untuk membeli. Ada yang beranggap mereka tidak mampu sudahnya tidak beli pun.
Jadi hari ini SK nak kongsi cara dan langkah untuk membeli rumah mengikut kemampuan gaji seseorang. Jom kita lihat antara langkah yang penting untuk korang memberi rumah yang dikongsikan oleh perunding hartanah, Zhilathyqah.
NAK BELI RUMAH TAPI TAK TAHU NAK START DARI MANA?
Relaks anak muda, jangan blur meh sini sis bantu! Jom belajar jadi pembeli rumah yang bijak.
Ada beberapa step yang korang perlu tahu untuk beli rumah:
1. Semak Kelayakan
Kat mana nak semak? Cari je ejen hartanah banyak je online. Kat twitter ni pun banyak.
Or kalau ada kawan banker bahagian mortgage pun boleh je tanya. Atau lagi satu korang boleh guna website ni. Ni kena masuk elok-elok ya jangan main letak je okey.
Kilk di SINI
2. Tentukan Kemampuan Anda
Yang ni maksudnya contoh korang dah check kelayakan layak beli rumah maksimum 500k/RM1800 sebulan, tanya diri sendiri mampu tak nak bayar 1800 sebulan?
Personally, saya cadangkan jangan beli rumah maksimum kelayakan kita nanti tercirit nak bayar bulan-bulan.
Seeloknya jgn lebih 50% dari gaji korang. Serabut weh bukannya kejap nak bayar installment tu, 30- 35 tahun kot.
3. Survey Rumah
Ok yang ni part best. Korang bukak je website http://Mudah.my Iproperty/ Property Guru etc untuk survey rumah.
Nak survey kena decide:
1. Lokasi
2. Harga
Atau kalau korang ada kawan Perunding Hartanah korang roger je dorang. Bukan kena bayar pun. Gaji dorang pemaju/ pemilik yg bayar. Jadi gunakan kawan korang tu K.

Haaaa ni contoh situasi untuk cari rumah:
De Pauli berkahwin dengan orang Melaka dan mencari rumah di Alor Gajah. Bajet rendah sebab de paula dengar rumors dia bakal di ‘kick’ oleh skuad kebangsaan. Jadi De Pauli decide bajet dalam RM700 je sebulan untuk rumah dia takmau lebih lebih.
4. Apply pinjaman
Ok next lepas dah decide rumah, yang ni korang boleh guna khidmat perunding or pergi terus bank. Kalau perunding biasanya akan tolong submit sekurangnya 3 bank.
Misal kata lulus semua bank, kita advice pilih bank yang paling value for money. Mana-mana yang korang nak ok.
5. Cari Peguam Hartanah
Yang ni kalau beli rumah direct dari pemaju, korang tak perlu fikir dah. Memang dah disediakan. Tapi kalau beli direct pemilik korang kena pandai cari peguam untuk ‘settle’kan SPA rumah dan segala hal berkaitan pemilikan rumah.
Jangan cari peguam syariah pulak.
6. Sign SPA
Bila lawyer dah settle semua SPA dan korang berpuas hati bolehlah tanda tangan SPA dan dokumen berkaitan pemilikan hartanah. Dah nak hujung step dah ni.

7. Dapat kunci
Okay yang ni part paling best. Dah settle process di atas korang akan dapat kunci rumah idaman. Time ni korang boleh check defect ya, biasanya pemaju akan ada bagi tempoh warranty. Kalau beli direct owner korang kena check ni awal-awal tau sebab mana ada warranty.
Tempoh proses pemilikan rumah ni sebenarnya bergantung dengan pelbagai faktor. Ada laju, ada makan masa bertahun.
Ok dah baiii penat jugak ya buat thread.
Korang nak cari rumah boleh roger ya. Sis banyak rumah ala2 bajet mcm De Pauli dekat atas tu. Nah link whatsapp hihi :
Harap thread ni bantu anak muda untuk miliki rumah dengan bijak. Ingt tau, ukur baju di badan sendiri. Nak beli ikut kemampuan, jangan terpedaya dengan ayat-ayat manis agen tak bertanggungjawab. Tak mampu sewa je dulu sambil buat savings okie. Ok dah banyak pulak bebel.
Sumber: Zhilathyqah