Siakap Keli
Gambar: news.yahoo.com

(Video) Kasihnya Si Ibu, Sotong Kurita ‘Golek’ Paip Yang Dipenuhi Telur Menuju Ke Laut

Sebuah video menarik telah dirakam mengenai seekor sotong kurita yang berusaha mendorong paip dipenuhi telur di dalamnya untuk kembali ke laut setelah dihanyut ke darat, lapor portal Fox32chicago.

Menurut sumber, ahli biologi marin Australia, Sheree Marris telah menemui paip putih yang dihanyut ke darat itu lalu memutuskan untuk mengambilnya. Kejadian tersebut berlaku di sebuah pantai di pinggir bandar McCrae di Melbourne pada 6 Jun lepas.

Saat dia cuba untuk mengambilnya, Marris terlihat kaki berwarna kemerahan mulai muncul dari dalam paip. Ternyata yang dilihatnya itu ialah sotong kurita.

Marris mula merakam video sotong yang cuba ‘menggolekkan’ paip plastik itu kembali ke pantai. Dia segera menyedari di dalam paip itu berisi telur-telur sotong tersebut.

Melalui video yang dirakamnya, ahli biologi itu berkata dengan takjub, “Lihatlah itu, betapa luar biasanya!”

Jelas Marris, “Ia berusaha melindungi telurnya di dalam. Telur itu kelihatan tergantung seperti lampu ‘candelier’ kecil berwarna putih dari bumbung ‘taska’nya yang sementara,” kata Marris.

Marris akhirnya membawa paip itu ke dalam air dan menstabilkannya supaya ia tidak berguling-guling dan kembali ke tepi pantai.

Marris menambah, “Itu adalah salah satu kejadian paling luar biasa yang pernah saya lihat.

Sumber: Fox32chicago.com, News.yahoo.com

Nurul Nabila

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.