Siakap Keli
Gambar: Sahabat Surga

(Video) Tanpa Rasa ‘Berbeza’, Kanak-kanak Berkongsi Permainan Semasa Di Jalan, Sentuh Hati Warga Maya

Benarlah, anak-anak ibarat kain putih, ibu bapa yang mencoraknya. Jiwa mereka yang suci bebas dari sebarang diskriminasi sama ada dari segi harta, rupa mahupun warna kulit. Malah, kita sebagai orang dewasa yang ‘terlebih dahulu makan garam’ ada masanya perlu belajar daripada mereka.

Sepertimana dua kanak-kanak ‘berbeza latar belakang’ bermain bersama semasa kesesakan jalan raya di sebuah lokasi yang tidak dinyatakan.

Dalam rakaman tersebut, kelihatan seorang kanak-kanak berpakaian lusuh dengan kain buruk di tangannya menerima permainan daripada seorang kanak-kanak lain dari dalam sebuah kereta.

Daripada kereta kecil hinggalah kapal korek, kanak-kanak berhati mulia itu tidak kekok untuk berkongsi permainan dengan rakan sebayanya.

Malah, apabila rakannya ingin memulangkan permainan tersebut, budak lelaki itu telah menolaknya. Mungkin terharu, si kanak-kanak berbaju lusuh kemudiannya mendapatkan makanan untuk diberikan kepada temannya itu. Mereka berdua sempat berkongsi makanan sebelum kereta dipandu orang tua berlalu pergi.

Video mengharukan itu telah menyentuh hati orang ramai yang memuji sikap dan mendoakan mereka berdua.

 

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Sahabatsurga (@sahabatsurga)

Sikap anak ditentukan ajaran orang tua

Semoga diberikan yang terbaik oleh Allah

Terharu

Semoga keduanya dijadikan anak soleh dan berjaya

Sumber: Sahabat Surga

Amira

Love yourself.