Siakap Keli
Gambar: Mothership.sg

(Video) Ular Sawa & Ular Tedung ‘Bertempur’, Saling ‘Berbunuhan Dalam Longkang

Bukanlah sesuatu yang biasa untuk seseorang menemui ular sawa mahupun ular tedung, dua spesies ular asli dan terbesar di Singapura.

Menurut portal Mothership, seorang pengunjung Dairy Farm cukup bernasib baik apabila dapat menemukan kedua-dua spesies ini, pada masa berada dalam longkang.

Dilaporkan, pengunjung itu telah berkongsi gambar dan video pertembungan epik antara dua reptilia gergasi itu di ruangan Facebook pada 14 Jun lepas.

Video kira-kira seminit setengah itu telah menunjukkan kedua-dua ular itu terkunci dalam pelukan maut.

Didapati ular sawa retikulasi itu berada dalam keadaan separuh badannya tenggelam di dalam longkang. Sementara itu, raja kobra yang berwarna pucat pula dilihat telah mengunci rahangnya dengan kuat pada badan ular sawa itu.

Setelah itu, kelihatan raja kobra memusingkan badannya ke sekeliling berulang kali lalu ekornya ‘menghentak’ pagar dawai yang berdekatan.

Menurut sumber, pengunjung itu mengakhiri videonya sebelum pemenang pertarungan itu didedahkan. Dipercayai, dia kembali ke tempat yang sama pada sebelah petang, tetapi longkang itu telah dibanjiri air dan kedua-dua ekor ular itu telah hilang.

Menurut fakta, raja kobra merupakan salah satu ular yang paling berbisa di bumi dan terpanjang. Pertumbuhannya dapat membesar hingga 5.4 meter.

Ular sawa retikulasi pula merupakan ular terpanjang di dunia, dan boleh mencapai panjang hingga 10 meter. Walau bagaimanapun, ia jarang dilihat melebihi 5 meter.

Walaupun kobra menggunakan racunnya untuk melumpuhkan mangsa, namun tidak bagi ular sawa retikulasi yang merupakan penyekat yang tidak berbisa. Ia mampu membunuh mangsanya dengan cara melilitnya hingga mati.

Ular sawa boleh ditemui di kedua-dua kawasan bandar dan kawasan semula jadi di Singapura. Spesies ini disenaraikan sebagai paling sedikit diberi perhatian oleh Kesatuan Antarabangsa untuk Pemuliharaan Alam (IUCN) kerana penyebarannya yang luas.

Berbanding pula dengan raja kobra yang luar biasa, yang diklasifikasikan mereka sebagai mudah terdedah.

Sumber: Mothership.sg

Nurul Nabila

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.