Siakap Keli
Sumber: Google

Budak Dua Tahun Dilapor Maut, Dipercayai Akibat Telan Bateri ‘Remote’

Seorang kanak-kanak berusia 2 tahun, maut setelah menelan bateri butang dari alat kawalan jauh, menurut inkues dipetik Daily Mail.

Kejadian tersebut dilaporkan berlaku pada 25 Mei lepas di Abbey Hulton, England.

Menurut sumber, kanak-kanak perempuan itu meninggal dunia di Hospital Universiti Royal Stoke dalam beberapa jam setelah menelan salah satu bateri. Mangsa dilaporkan jatuh sakit di rumah tetapi nyawanya tidak berjaya diselamatkan ketika pembedahan sedang dijalankan.

Pegawai perubatan memaklumkan kepada ibu mangsa bahawa dia mungkin telah menelan bateri butang yang tidak besar saiznya daripada kepingan 5p (five pence – syiling British).

Ibu mangsa dipercayai telah menemui alat kawalan jauh dengan bateri butang yang hilang di bilik tidur anak perempuannya. Ketika dimasukkan ke hospital, mangsa didapati menjadi pucat dan mengalami tekanan darah tinggi.

Dr Anna Piggot, pediatrik Royal Stoke menggambarkan mangsa yang dilumuri darah di mulutnya dan telah kehilangan separuh daripada jumlah darahnya.

Ketika perbicaraan dijalankan, Dr Anna memberitahu mahkamah bahawa kemungkinan bateri butang adalah penyebabnya dan mungkin telah dikeluarkan dari badannya. Jelasnya, walaupun bateri sudah tiada lagi dalam badan, asid yang bocor masih kekal dan telah menyebabkan kecederaan dalaman termasuk ulser pada esofagusnya.

Symptoms that may indicate a child has swallowed a battery include coughing or drooling as well as pointing to their throat or tummy and children should be taken to hospital immediately
Foto: bateri butang

Berdasarkan sumber, papan buletin di Staffordshire telah diletakkan peringatan mendesak kepada para ibu bapa. Peringatan itu tertulis:

Bateri butang memberi kuasa pada objek seperti kunci kereta, alat kawalan jauh dan mainan kanak-kanak. Tetapi adakah anda tahu bahawa jika ia ditelan, ia boleh mencederakan malah membunuh kanak-kanak? Bateri bertindak balas dengan air liur dan jika anak menelan bateri butang, ia dapat membakar lubang dan menyebabkan pendarahan dalaman dan bahkan kematian. …

Menurut Dave Evans, ahli majlis di bandar Stoke-on-Trent, kejadian tersebut merupakan kemalangan tragis yang melibatkan anak kecil dan mereka turut bersedih untuk keluarga tersebut. Tambahnya,”Kami akan bekerjasama dengan semua rakan kongsi kami untuk mempertingkatkan kesedaran tentang bahaya bateri butang bagi mengelakkan perkara ini berulang.”

Sumber: Daily Mail

Nurul Nabila