Siakap Keli
Gambar: Bernama & Twitter JKJAV

Tarikh Luput ‘Timbul’ Di MySejahtera Selepas Vaksinasi, Ini Maksudnya

Jawatankuasa Khas Jaminan Akses Bekalan Vaksin Covid-19 (JKJAV) telah berkongsi mengenai maksud tarikh luput di MySejahtera selepas vaksinasi, melalui halaman Twitter mereka.

Bagi pengguna MySejahtera, pasti dapat melihat maklumat vaksinasi yang terdapat dalam aplikasi tersebut. Antara maklumat yang akan tertera apabila seseorang selesai menerima vaksinasi ialah tarikh luput.

Menurut JKJAV, tarikh luput tersebut tidak berkaitan dengan dos kedua vaksinasi, sebaliknya hanya merujuk kepada jangka hayat yang disyorkan khusus bagi kumpulan vaksin yang diberikan pada penerima.

Rujuk poster di bawah bagi mengetahuinya dengan lebih lanjut.

Sumber: Twitter @JKJAVMY

Nurul Nabila