Siakap Keli

(Video) Kos Cuma RM30 Je, Cara Mudah Dan Jimat Nak Buat Rak Penyangkut Tudung

Kebiasaannya waktu hujung minggu kita akan habiskan dengan mengemas rumah dan menyental apa yang patut kan? Ye, tak dinafikan pada hari kerja banyak perkara yang tak boleh diselesaikan atau terlepas pandang.

Bukan itu sahaja, ada juga yang suka deko atau renovasi ruang yang ada. Pernah tak korang terutamanya kaum wanita terfikir nak buat satu ruang khas untuk susun tudung harian?

Tetapi itulah, masalah utamanya adalah bajet. Mana taknya, segala kos peralatan untuk ubah suai pasti akan menelan kos yang tinggi bukan? Kata orang, kalau ada duit, semua jalan.

Jadi, hari ini SK nak kongsikan satu cara deko ruang untuk rak tudung wanita hanya menggunakan barangan daripada Mr. DIY. Kos yang diperlukan hanyalah RM30 je.

Walaupun nampak simple tetapi sangat kemas dan teratur daripada kita membeli penyangkut khas tudung atau hanya melipat masuk ke dalam raga sahaja.

@nanie_ahmad

It cost me around rm30 only and sangat2 save space. Letak belakang pintu ja😉

♬ Double Take – Dhruv – 𝕂𝕚𝕜𝕠⚡

Gadis ini juga, tunjuk cara untuk mudahkan korang mencari barang-barang tersebut.

@nanie_ahmad

So guys kalau x jumpa barang tu, feel free to ask diy staff ya sebab kadang dorang susun tmpt lain. Eheh kalau x sold out ☺️. #diy

♬ Beggin’ – Måneskin

 

Sumber: Nanie Ahmad

Edayu

Lebih banyak menulis dari bersembang

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.