Siakap Keli
Gambar: Bernama & KKM

(Video) PPV Stadium Nasional Bukit Jalil Mula Beroperasi Hari Ini, Ketahui Perkara Penting Yang Anda Perlu Bersedia

Kementerian Kesihatan Malaysia menerusi ruangan Facebook telah memaklumkan bahawa Pusat Pemberian Vaksin (PPV) Stadium Nasional Bukit Jalil akan mula beroperasi pada hari ini, 21 Jun.

Pusat vaksinasi yang didirikan di trek balapan stadium ini akan tertumpu pada golongan bawah 40 tahun sekitar Lembah Klang dengan kapasiti 10,000 dos sehari.

Menurut infografik yang dikongsikan KKM bersumberkan JKJAV, terdapat beberapa maklumat dan persiapan yang perlu dibuat pada hari vaksinasi. Antaranya ialah:

  1. Bawa payung dan kipas mini.
  2. Pakai kasut yang selesa.
  3. Bawa kad pengenalan (IC) / pasport, telefon bimbit (bagi pengguna MySejahtera), pen dan senarai ubat (jika ada).
  4. Tempat letak kenderaan percuma berada di tempat letak kereta B dan C.
  5. Penerima vaksin yang datang dengan LRT, masuk melalui Pintu A.
  6. Pintu E digunakan bagi menurunkan penumpang.
  7. Zon Letak Kereta OKU disediakan bagi menurunkan penumpang OKU.

Rujuk infografik di bawah untuk maklumat penuh.

Bagi memudahkan anda ketika berada di PPV Stadium Nasional Bukit Jalil, ikuti video di bawah untuk video perjalanan ketika berada di sana.

Sumber: Facebook Kementerian Kesihatan Malaysia 

Nurul Nabila