Tidak dinafikan membeli belah di atas talian sudah menjadi pilihan kebanyakan orang terutamanya ketika musim pandemik ini. Ia bukan sahaja cepat, malah ada barangan yang ditawarkan pada harga yang lebih jauh rendah berbanding di premis.
Ya, aplikasi Shopee antara platfrom e-dagang yang cukup terkenal dan sering digunakan oleh pembeli dan penjual atas talian. Namun, baru-baru ini, kita dikejutkan dengan berita bahawa syarikat tersebut akan memilih kurier penghataran setiap kali pelanggan melakukan pembelian.
Ramai yang kecewa tidak dapat memilik kurier kegemaran mereka sendiri. Tetapi kali ini SK nak kongsikan berita baik kepada korang semua tentang cara memilik kurier kesukaan korang semasa melakukan proses pembelian di Shopee.
Video yang dikongsikan oleh Ariff Rashid ini menunjukkan cara korang boleh memilih kurier kegemaran korang.
Ini antara langkah-langkahnya.
1. Buka aplikasi Shopee
2. Pilih barang apa yang nak beli
3. Pergi ke ‘filter’ atau saring
4. Pilih jenis kurier
5. Klik sahaja pada standard delivery, jangan risau lepas bayar korang akan dapat kurier yang korang nak.
Sebelum itu, kena pastikan kedai atau seller tersebutsudah set kepada random kurier jika tidak, korang terpaksa menggunakan kurier pilihan shopee. Jom tonton di bawah untuk info lanjut.
@ariffrashid11
Sumber: ArifRashid