Bagi yang mempunyai kenderaan sendiri terutamanya kereta, sudah pasti akan menjaganya dengan teliti. Apa tidaknya, kereta tersebutlah yang akan membawa kita menuju ke sesuatu destinasi.
Seperti yang sudah biasa dilihat, penjagaan dari segi luaran banyak dikongsikan di media sosial, tapi bagaimana pula bagi bahagian dalaman kereta ? Adakah komponen-komponen di dalam kereta berhabuk atau kusam? Masih wangi atau tidak? Itu yang perlu diberi lebih penekanan.
Tapi janganlah risau kerana seorang pengguna aplikasi Tiktok dengan nama tgnrzulaikha ada berkongsikan satu ‘penyembur’ yang boleh buatkan bahagian dalam kereta anda berkilat dan wangi serta nampak lebih segar.
Seperti yang dikongsikan dalam video, hanya perlu disembur di dalam bahagian kereta anda dan akan menjadi lebih berkilat serta wangi. Bau di dalam kereta juga akan bertambah wangi mengikut jenis perisa yang dipilih seperti Strawberry.
@tgnrzulaikha
@tgnrzulaikha
Sumber: @tngrzulaikha