Siakap Keli
Gambar Via Suarasurakarta/Tribun News

12 Kubur Di Solo Dirosakkan, Pelaku Dipercayai Masih Kanak-kanak

Kira-kira 12 kubur di kompleks tanah perkuburan awam Cemoro Kembar di Solo dilaporkan telah dirosakkan pada Rabu lalu.

Menurut Tribun Katim, pelaku yang merosakkan kubur itu dikatakan masih lagi kanak-kanak yang berusia di antara 9 hingga 12 tahun.

Kejadian itu bukan sahaja menimbulkan kemarahan dalam kalangan penduduk malah juga Wali Kota Solo, Gibran Rakabuming yang akan mengambil tindakan terhadap semua kanak-kanak tersebut.

“Ini sangat tidak sopan. Lebih-lebih lagi melibatkan kanak-kanak, tidak boleh ditoleransi,” katanya.

Ketua kampung, Margono, pula mengesahkan bahawa kerosakan itu dilakukan oleh kanak-kanak yang merupakan murid di tempat mengaji di kawasan kubur tersebut.

Gambar Via Tribun News

Disebabkan mereka masih lagi kanak-kanak, kes tersebut akan dibawa ke pihak berkuasa setempat.

“Kami akan menyelesaikan kes ini dengan sebaiknya dan kerana mereka masih lagi kanak-kanak, kami akan bertemu dengan keluarga masing-masing,” katanya.

Sementara itu, ketua Polis Pasar Kliwon, Iptu Achmad Riedwan Prevoost menjelaskan bahawa pihaknya telah melakukan proses perundingan antara pihak yang menanggung kerugian dengan pihak pelaku dan keluarganya.

Walau bagaimanapun, pemeriksaan masih akan dilakukan mengikut prosedur sedia ada.

Sumber: Tribun Kaltim

Sofea

There's always another side to every story