Siakap Keli
Foto: Muhd Afiq Ajis

Abang Rayu Orang Ramai Bantu Kesan Adik Hilang, Dipercayai Lari Dari Hospital Di Klang

Artikel ini diolah & diterbitkan ke Siakap Keli dengan kebenaran dari sumber asal.

“Ya Allah, kembalikan la dia ke pangkuan kami ya rabb…”

Demikian luahan keluarga kepada seorang remaja yang dikatakan telah menghilangkan diri dari sebuah hospital di Klang.

Menurut abangnya, remaja ini dipercayai melarikan diri pada jam 7.30 malam dari Hospital Tengku Ampuan Rahimah (HTAR), Klang pada 21 Jun 2021 lalu.

Assalamualaikum sahabat semua…

Mohon sekiranya ternampak adik sy ni Muhammad Faris Ajis beliau dipercayai melarikan diri daripada HTAR, Klang antara jam sekitar 7.30 mlm semalam (21.06.2021) sehingga kini masih belum ditemui.

Beliau memakai pakaian sweater berwarna biru putih, seluar coklat, selipar merah.

Tambahnya semasa dihubungi, adiknya ini seorang yang pendiam. Namun, sejak kebelakangan ini sifatnya berubah, suka menangis dan menjadi bukan dirinya.

Sebelum ini adiknya sudah dijumpai sebelum bertindak melarikan diri semula, mereka jumpa adiknya sedang menyorok disebuah kebun dengan membawa al Quran dan tiada wang serta makanan. Itu yang menjadi kerisauan keluarganya.

Mohon sahabat luaskan pencarian. Sekiranya terjumpa beliau boleh pm atau hubungi waris saya :

  • Wak Aaron Ajis (0183626332)
  • Arol Ajis (01121214232)
  • Muhd Afiq Ajis (0122911050)

Semoga Allah ganjarkan sebaik-baik ganjaran pada sahabat yang membantu dan mendoakan.

 

Sumber: Muhd Afiq Ajis

Edayu

Lebih banyak menulis dari bersembang

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.