UNITED KINGDOM- Seorang bayi lelaki viral kerana mirip dengan Perdana Menteri United Kingdom, Boris Johnson ketika dia dilahirkan pada 1 Mac.
David kini berusia tiga bulan tetapi mempunyai rambut yang lebat itu pasti menjadi pandangan orang ramai kata Tatiana Doronina, 35 tahun, ibu David.
Rambut Tatiana dan suaminya Ruslan, 43 tahun berwarna gelap, kontra dengan warna rambut David yang cerah.
Orang yang melihat bayi itu pasti akan berkata “Dia seperti mini Boris,” ujar Tatiana kepada Surrey.
David dilahirkan seberat 10 kilogram (kg) dan rambutnya yang lebat menjadi tarikan selepas dia dilahirkan.
“Selepas memandikannya baru sedar rambutnya banyak. Saya terkejut begitu juga dengan jururawat yang menjaganya,” tambah Tatiana.
Menurut The Sun, warna rambut David yang berbeza dengan warna rambut ibu bapanya menyebabkan pelbagai spekulasi mengenainya.
“Saya rasa beberapa orang mesti beranggapan bahawa David bukan bayi saya. Tetapi, dia anak saya,” tegas bekas model dan penyampai TV itu.
Sumber: The Sun