Siakap Keli
Gambar: Hello Doktor

Betul Ke Kunyah ‘Chewing Gum’ Boleh Kurus? Ini Penjelasan Hello Doktor

Saat pandemik masih melanda dunia sekarang, pasti ada yang mengalami kerisauan mengenai berat badannya. Mana tidaknya, asyik berada di rumah sahaja. Nak bersenam di gim atau berjoging di luar, terasa malas atau terasa tidak berkeperluan untuk keluar.

Bukan itu sahaja, pemakanan pun sudah tidak terjaga dek kerana terlalu selesa bersantai di depan TV mahupun menikmati ‘movie’ di atas katil. Lama kelamaan, berat badan pun bertambah sedikit demi sedikit sehingga menjadi igauan ngeri apabila kaki mula ‘menyentuh’ penimbang berat badan.

Walau bagaimanapun, anda tidak perlu risau kerana portal Hello Doktor ada berkongsikan petua yang cukup mudah untuk mengurangkan berat badan. Anda tidak perlu melakukan pergerakan yang banyak tetapi cukup di kawasan otot mulut sahaja. Ini kerana anda hanya perlukan gula-gula getah untuk mengunyah!

Apa tunggu lagi, ikuti perkongsian di bawah untuk mengetahuinya dengan lebih lanjut.

Ramai orang mungkin masih bergelut untuk turunkan berat badan mereka kerana belum tahu akan petua mengunyah gula gula getah untuk diet yang berkesan!

Jika hanya dibaca sekali imbas, mungkin anda tidak akan percaya dengan fakta ini namun ketahuilah bahawa ia telah dicuba dan terbukti secara saintifik.

Jadi wajarkah anda membeli dan mengunyah gula gula getah dalam usaha untuk kurus? Jom teruskan membaca artikel ini untuk lebih yakin tentangnya.

Apakah manfaat mengunyah gula gula getah?

Hakikatnya, mengunyah gula-gula getah itu sebenarnya mungkin memang bagus untuk beberapa aspek pada tahap kesihatan tubuh badan anda.

Ia bukan sahaja bagus untuk membuat nafas anda lebih segar dan kurang berbau malahan juga mampu memberi manfaat yang anda mungkin tidak sangka.

Sebagai contoh, chewing gum ini adalah bagus buat golongan perokok tegar bagi mengawal ketagihan mereka terhadap bahan terlarang bernama nikotin.

Selain itu juga, ia turut disahkan oleh kajian mampu untuk meningkatkan tahap memori lantas membuat ia bagus untuk golongan pelupa dan sudah tua.

Namun apa yang lebih relevan dengan tajuk artikel ini adalah peserta rancangan realiti televisyen The Biggest Loser percaya bahawa ia boleh buat anda lebih kurus!

Adakah gula gula getah untuk diet efektif?

Kajian University of Rhode Island dan Lousiana State University bersepakat dan bersetuju bahawa mengunyah gula gula getah mungkin boleh buat anda lebih kurus.

Berikut adalah ulasan mengapa gula gula getah untuk diet itu bagus:

#1. Membantu anda untuk menahan lapar

Pertama sekali, kalian perlu tahu bahawa pengambilan gula getah sebenarnya boleh membantu anda untuk menahan lapar kerana ia membuat kalian kekal kenyang.

Dalam satu kajian terbaharu, dipercayai bahawa ia mampu membuat anda menahan lapar sehingga 10 jam lamanya, sama seperti anda minum minuman berkalori tinggi.

Namun, ia juga mungkin akan mengurangkan keinginan anda untuk memakan buah-buahan dan sayur-sayuran, yang ternyata tidak bagus untuk diet anda.

#2. Membantu anda mengambil kalori lebih sedikit

Selain itu juga, gula gula getah untuk diet juga dikatakan mungkin boleh membantu anda mengambil kalori lebih sedikit dalam masa sehari.

Menurut satu kajian, dikatakan anda yang mengunyahnya di antara waktu sarapan pagi dengan makan tengah hari akan mengambil kurang 68 kalori berbanding asalnya.

Namun, ketahuilah bahawa jumlah ini adalah sangat sedikit dan mungkin tidak begitu berkesan buat mereka yang mengalami berat badan berlebihan atau obesiti.

#3. Membantu anda membakar lebih banyak kalori

Dalam pada itu, gula gula getah untuk diet juga dikatakan mungkin boleh membantu anda membakar kalori lebih banyak dalam masa sehari.

Menurut satu kajian, dikatakan anda yang mengunyahnya sebelum dan selepas sarapan pagi dapat membakar lebih 3% ke 5% kalori 3 jam selepas waktu makan.

Namun, ketahuilah bahawa jumlah ini adalah sangat sedikit dan juga tidak begitu berkesan buat mereka yang mengalami berat badan berlebihan atau obesiti.

Adakah gula gula getah untuk diet ini berbaloi?

Jawapannya adalah mungkin ya, namun ia bukanlah sesuatu yang boleh diharapkan 100 peratus kerana ukuran jumlah pengambilan dan pembakaran kalori masih sedikit.

Selain itu, ia juga mungkin tidak berkesan buat semua orang yang inginkan bantuan menahan lapar dan kajian lanjut tentang tahap keberkesanannya masih perlu dijalankan.

Adakah wujud jenis gula getah yang spesifik?

Ya, tidak semua jenis gula gula getah untuk diet ini berkesan buat anda yang cuba berusaha menurunkan berat badan dengan menggunakan cara ini.

Berikut adalah beberapa jenis gula-gula getah yang disyorkan:

Gula getah tanpa gula

Gula adalah musuh paling ketat buat mereka yang sedang dalam usaha untuk menurunkan berat badan jadi anda harus mencari jenis yang tidak mempunyai gula.

Namun adalah penting juga untuk kalian tahu bahawa gula-gula getah tanpa gula juga mungkin mengandungi pemanis tiruan, alkohol dan sorbitol yang tidak baik untuk anda.

Chewing gum dengan nikotin

Nikotin yang biasa terdapat di dalam rokok dan ia mempunyai fungsi untuk mengurangkan selera makan lantas membuat individu kurang untuk makan.

Oleh itu, anda mungkin boleh cuba mengunyah gula-gula getah dengan nikotin dan ia juga adalah bagus buat golongan perokok yang sedang dalam usaha untuk berhenti merokok.

Chewing gum dengan kafein

Kafein yang biasa terdapat di dalam kopi dan teh juga mungkin boleh membantu dalam proses pembakaran kalori di dalam tubuh badan anda.

Oleh itu, anda juga boleh cuba mengunyah gula-gula getah dengan kafein namun pastikan kuantitinya tidak terlalu banyak untuk mengelakkan ketagihan.

Konklusinya, gula gula getah untuk diet mungkin boleh membantu namun anda tidak boleh berharap sepenuhnya pada makanan ini. Sebaik-baiknya, dapatkan saranan doktor.

Sumber: Hello Doktor

Nurul Nabila