Siakap Keli
Gambar: TikTok @ariqah.skni

Guna Satu Baucar Je Dalam Satu Masa, Rupanya Ni Cara Nak Jimat Baucar ‘Free Shipping’ Kat Shopee

Artikel ini diolah & diterbitkan ke Siakap Keli dengan kebenaran dari sumber asal.

Mesti ramai daripada korang yang suka shopping online kan, tambah-tambah pulak kat aplikasi Shopee. Dapat je baucar free shipping memang tak bagi can dah. Guna habis-habisan.

Selalu kita dengar orang merungut baucar free shipping cepat habis. Tak sempat nak beli semua barang dalam cart, dah tak cukup pulak baucar free shipping yang Shopee kasi. Terus tak jadi beli sebab rasa ralat nak bayar postage.

Korang tahu tak, sebenarnya ada cara yang korang boleh buat untuk jimat baucar free shipping kat Shopee. Mesti lepas ni takda dah yang bising baucar free shipping habis.

Video yang diunggah oleh pengguna TikTok @ariqah.skni ni sangat berguna kepada korang yang suka membeli-belah di Shopee. Mana taknya, satu baucar free shipping boleh pakai untuk potong kos penghantaran daripada penjual berbeza.

Video ini mendapat 331.4 ribu tontonan dan 19.5 ribu sukaan setakat ini.

Nak tahu macam mana caranya, tengok video di bawah.

@ariqah.skni

Reply to @erniezulaika checkout semua pada masa sama so jimat la voucher tuuu 😋 #fyp

♬ original sound – ariqah.skni – ariqah.skni

Sumber: TikTok @ariqah.skni

Eyla Azri

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.