Siakap Keli
Gambar Via Zuryat Abadi

Ikut Warna Asli Bata, Simen & Besi, Abang Ni Deko Dapur Ikut Konsep “Raw Industrial”, Nampak Lain Dari Yang Lain

Artikel ini diolah & diterbitkan ke Siakap Keli dengan kebenaran dari sumber asal.

Mungkin dilihat sebagai idea yang tidak masuk akal, tetapi reka bentuk dalaman yang berkonsepkan raw industrial semakin mendapat tempat di hati orang ramai.

Dengan kemasan yang kasar dan reka bentuk yang dilihat seolah-olah belum selesai, ia mempunyai daya tarikan yang tersendiri.

Kini, beberapa reka bentuk dapur juga sudah mula menggunakan konsep tersebut. Walaupun kelihatan berterabur tetapi ia kelihatan sangat fresh dan unik.

Seorang pengguna Facebook, Zuryat Abadi, ada berkongsikan hasil dapur miliknya yang berkonsepkan raw industrial itu. Menerusi perkongsiannya di group Tukang Apa Hari Ini, proses untuk mengubahsuai dapur itu dimulakan sejak awal PKP yang lalu.

Mari ikuti perkongsiannya di bawah ini.

RAW INDUSTRIAL CONCEPT

Mula buat awal PKP hari tu. Semalam siap. Haaaaaa. Senang hati.

Mana yang minat. Minatlah. Konsepnya kasar. Berterabur. Tapi menarik. Warna asli simen,besi,bata. Tambah aksesori yang rencam. Warna pon ikut suka. Tetap nampak menawan. Kos. Keras juga la sebab orang tu beli sinki dan water tap saja 1k lebih. Lain-lain barang banyak beli kat Ikea sebelum PKP.

Kalau rajin buat sendiri. Pasti jadi. Asah bakat dan akal. Selebihnya kena ada alatan sesuai terutama mesin pengimpal. Saya pon tak pandai mengimpal. Tak pernah mengimpal. Selalu pekerja saya yang buat kerja mengimpal. Tapi dengan MIG. Insha Allah boleh. Belajar dari google,youtube,group TAHi. Selebihnya ialah daya kreativiti dan kemahiran yang sedia ada.

Dapur ni dapur tambahan. Sebab dapur utama tu tak selesa nak guna. Banyak yang tak kena. Ialah. Tukang sebelum ni tak dapat realisasikan kehendak orang tu. Sedikit perkongsian bersama. Akhirnya.

Ruang kecil sahaja. Keluasan cuma lebih kurang 10’x8′. Mudah kata orang dapur. Duduk membawang kat counter bar. Pusing belakang capai sudip,water tap. Kalau ruang sedikit lebih besar boleh masukkan oven sekali kat ruangan ni.

Kosnya? Untuk bahan dan aksesori sahaja 7.5k. Agak mahal untuk berDIY. Ialah. Beli bahan dan aksesori mahal.

Masa membinanya hampir 20 hari berseorangan. Termasuk hari cuti mata bengkak dan kulit melepuh dek bahana MIG.

So please use proper equipment and tool. Jangan degil.

https://www.facebook.com/groups/tukangapahariini/posts/525767281897216/

Mesin ABC manual dan lampu pump tak dapat letak lagi sebab PKP takleh rentas daerah balik kampung nak ambik.

Ada orang tu sampai pukul 2am still kat dapur. Punyalah feeling.

Layannnnnnn.

Sumber: Zuryat Abadi

Sofea

There's always another side to every story