Siakap Keli
Gambar via Google

Kisah Nadia Nadim, Pelarian Dari Afghanistan, Ayah Dibunuh Pengganas, Kini Pemain Bola Berjaya Dan Pakar Bedah

Keperihan hidup yang dialami sejak kecil tidak pernah melunturkan semangat, malah menjadikan wanita ini seorang pejuang. Beliau ialah Nadia Nadim, pemain bola sepak wanita Denmark, yang juga merupakan salah seorang wanita paling berpengaruh dalam senarai Forbes.

Perjalanan hidup dan pencapaian yang diraih Nadim sepanjang kariernya menginspirasikan ramai orang.

Nadim dilahirkan di kota Herat, Afghanistan sebelum melarikan diri ke Denmark setelah bapanya, general tentera Afghanistan dibunuh pengganas.

Menurut nukilan Nadim di The Players’ Tribune, ketika dia berusia 12 tahun, bapanya dibawa pergi untuk berjumpa salah seorang menteri di sana. Tapi sayangnya, dia tidak pernah kembali.

Setelah melarikan diri ke Denmark, Nadim mengaku dia dan keluarganya pernah diletakkan di beberapa kem pelarian selama berbulan-bulan.

Dalam tulisannya bertajuk The Outsiders, Nadim juga berkata di salah sebuah kem yang ditempatinya, para pelarian saling bergaduh antara satu sama lain malah dia juga tidak terkejut apabila mendengar ada pelarian yang ditikam.

Bercakap tentang perjuangan Nadia Nadim, ciapan yang ditulis oleh pengguna Twitter @BaristaBarrist1 ini berjaya mendapat sorotan warga net. Ciapan yang menceritakan kehebatan seorang Nadia Nadim ini membuat lebih ramai mengenalinya dan mengagumi pencapaian beliau.

Wajar dijadikan contoh

Ketika ini Nadia Nadim sedang menuntut dalam bidang pembedahan dan boleh bertutur dalam 11 bahasa.

Menjengah di ruangan komen, rata-rata warga net menganggap kisah penuh inspirasi Nadia Nadim ini wajar dijadikan contoh.

Sumber: The Players’ Tribune, The Free Press Journal, Twitter @BaristaBarrist1

Eyla Azri