Siakap Keli
Kredit: Google

Lelaki Tekad Tikam Leher ‘Member’ Sampai Mati, Dendam Selalu Kena Ejek ‘Tak Handsome’

Seorang lelaki tekad membunuh kawan sekerjanya sendiri gara-gara dendam dan tidak tahan diejek dalam stau kejadian yang berlaku di Deliserdang, Sumatera Utara.

Jurucakap polis, Budiman Simantunjak berkata, kedua-dua suspek berkenaan adalah rakan sekerja di sebuah kilang air mineral di bandar itu.

“Pada awalnya suspek dan mangsa saling ejek-mengejek antara satu sama lain. Namun, pertengkaran itu membuatkan suspek berasa sakit hati.

“Suspek sakit hati kerana dibuli, selain turut diejek-ejek mukanya yang hodoh itu. Sudah lama mereka bekerja sama-sama,” katanya, memetik laporan Tribun.

Gara-gara tidak dapat menahan sabar, suspek didakwa telah menikam leher mangsa menggunakan sebilah pisau sebelum melarikan diri.

Mangsa terbaring kesakitan, namun tidak sempat diselamatkan kerana telah meninggal dunia di tempat kejadian.

Bagaimanapun usaha suspek yang cuba bersembunyi tidak jauh dari situ berjaya dihidu pihak polis sebelum ditangkap.

Difahamkan, suspek bakal berdepan hukuman 20 tahun penjara sekiranya terbukti bersalah atas pertuduhan membunuh.

Sumber: Tribun News

Nur Adnin

'Jilat luka, tampal parut jadi lencana'