INDIA- Sepasang pasangan suami isteri di Madhya Pradesh, India telah mengupah empat penjaga kebun dan enam anjing untuk mencegah kecurian di kebunnya.
Miyazaki atau dikenali sebagai buah mangga termahal di dunia menjadi rebutan dan sering dicuri menyebabkan pasangan ini berbuat demikian sebagai langkah kesalamatan.
Sankalp dan Rahi Parihas berkata, mereka mendapat anak pokok dari seorang lelaki ketika mereka ke Chennai dan menanamnya di Jabalpur.
Awalnya mereka hanya mengharapkan anak pokok tersebut dapat membuahkan hasil sahaja, lapor english.jagran.com.
Namun, anak pokok itu menghasilkan berwarna ruby berbeza dari buah mangga biasa.
Disebabkan itu mereka mencari asal usul buah tersebut, dan mereka dapati bahawa ianya sejenis mangga Miyazaki seperti di bandar Miyazaki, Jepun.
“Kami belum menjual lagi. Namun, terdapat seorang pelanggan ini membeli sebiji mangga dengan harga Rs 21,000 (RM 1,176).” kata Sankalp Parihar kepada Times of India.
Berita ini turut mendapat perhatian Pegawai Khidmatan Hasil India, Naveed Trumboo.
Miyazaki mangoes are apparently world's costliest mangoes. Last year they were sold at ₹2.70 lakh per kg in the international market.
A couple in Madhya Pradesh has deployed 4 guards and 6 dogs to prevent the theft of two mango trees. pic.twitter.com/wqt3OnmYfJ— Naveed Trumboo IRS (@NaveedIRS) June 18, 2021
“Miyawazaki mangga merupakan mangga termahal di dunia. Tahun lalu harga buah mangga tersebut adalah Rs 27,000 (RM15,1177 ) untuk satu kilogram (kg) (harga pasaran antarabangsa),” tulisnya di Twitter.
Sumber: english.jagran.com