Siakap Keli

Peguam Cerita Kisah Anak Guam Ditipu Dengan Iklan Tawaran Kerja Gaji Lumayan Sampai Kena Tahan Reman

Artikel ini diolah & diterbitkan ke Siakap Keli dengan kebenaran dari sumber asal.

Tidak dinafikan terdapat pelbagai taktik licik yang digunakan orang yang tidak bertanggungjawab untuk memerangkap mangsa pada zaman ini.

Ya, dahulunya kita dikejutkan dengan jenayah keldai dadah, tetapi kali ini tentang keldai akaun atau ‘mule account’.

Kisah ini berdasarkan pengalaman sebenar salah seorang daripada anak guam Hafidzah Hassan yang berkongsi cerita ini menerusi laman Twitternya.

Kepada orang ramai ingatkan jangan sesekali memberi nombor akaun atau nombor pin kepada pihak ketiga kerana anda berisiko menjadi mangsa penipuan keldai akaun tanpa sedar.

Kisah benar anak guam saya…

Anda ternampak satu iklan tawaran kerja yang menarik. Setelah menelefon mereka, anda ditawarkan satu pekerjaan.

Katanya tak perlu kelulusan tinggi, tak perlu pengalaman, semuanya akan diajar. Gaji pulak fuhh banyak. hanya perlu ic dan akaun bank sahaja kata majikan tu.

Anda diarahkan buka akaun baru atau akaun sedia ada diserahkan untuk diuruskan oleh kerani. Kad atm turut di minta. Siap pin no. Minggu depan boleh datang kerja, kata mereka.

Gambar Sekadar Hiasan

Minggu depan datang tahu tahu syarikat dah tutup. 6 bulan kemudian, polis telefon suruh datang bantu siasatan. Anda kena tangkap direman kerana disyaki scam orang.

Jadi:

1. Hati-hati dari awal jangan percaya sistem pelik. Tiada kaitan akaun anda adalah untuk terima gaji. Kalau akaun tak sah anda yang tak dpt gaji. Mereka tak perlu minta atm kad dan password.

2. Terus laporkan bila syarikat tu ditutup dan lapor kad bank hilang. Sekat kad bank. Supaya ada rekod di balai anda telah serah kad bank kepada pihak ketiga.

Gambar sekadar hiasan

3. Pastikan anda simpan perbualan-perbualan untuk dapatkn kerja tersebut dan kenalpasti si penipu itu. Even better kalau ada muka dia.

4. Modus operandi menggunakan keldai akaun adalah mencari orang yang terdesak dan perlukan wang. Jangan kerana terlalu perlu, anda menjerat masalah yang lebih besar.

 

Sumber: Hafidzah Hassan

Edayu

Lebih banyak menulis dari bersembang

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.