Siakap Keli

Pekerja Bar Guna ‘Resit’ Selamatkan 2 Wanita Diganggu Oleh Orang Tidak Dikenali

FLORIDA- Seorang pekerja bar di Florida menyelamatkan dua wanita daripada seorang pelanggan yang menyeramkan dengan nota pada resit.

Sebuah bar minuman keras di Sr. Petersburg, Max Gutierrez menjadi terkenal di internet kerana seorang wanita bernama Trinity Allie berkongsi pengalamannya dibantu oleh seseorang.

Menurut New York Post, terdapat beberapa kes wanita diganggu di kawasan itu. Disebabkan itu, dia bersama rakannya ketika itu didatangi oleh seorang pekerja disitu.

“Jika lelaki ini menggangu anda, letakkan rambut anda dibahu. Saya akan mengusirnya,” nota yang ditulis oleh lelaki terbabit.

“Lelaki tersebut menggangu saya dan kawan saya. Pekerja berkenaan menghulurkan resit sebagai nota. Dia pekerja yang semua orang perlukan,” tulis Allie di Twitter.

Sumber: New York Post

Atiqah Aliah