Setiap daripada kita mendambakan rumah yang selesa dengan persekitaran yang baik untuk didiami. Membuat penilaian untuk membeli sebuah rumah bukanlah perkara yang mudah. Banyak faktor yang perlu dititikberatkan sebelum membuat keputusan.
Oleh itu, ramai yang memilih menggunakan khidmat ejen hartanah untuk membeli rumah. Tak dinafikan, ejen hartanah lebih tahu akan keadaan dan persekitaran rumah yang bakal dibeli.
Walaupun begitu, korang juga kena teliti betul-betul bila masuk hal jual beli rumah. Bagi yang guna khidmat ejen hartanah ni, korang kena banyak bertanya dengan ejen agar rumah yang dibeli menepati citarasa.
Tapi apa soalan yang perlu ditanya?
Video yang dikongsikan oleh pengguna TikTok @hanifzaiki ini mungkin boleh dijadikan rujukan bagi yang berniat membeli rumah melalui ejen hartanah. Pengunggah video tersebut menerangkan lima soalan penting yang korang patut tanya pada ejen hartanah sebelum beli rumah.
Video ini mendapat 43.7 ribu tontonan 2.5 ribu sukaan setakat ini.
@hanifzaiki 5 Soalan Perlu Tanya Pada Ejen #jualbelihartanah #property #realestate #hartanah #hartanahmalaysia #hartanahkualalumpur
Sumber: TikTok @hanifzaiki