Siakap Keli

Suami ‘Make Up’ Sofa Lama Jadi Baru, Dari 3 Seater Jadi Sofa Bentuk L Dengan Kos Murah Je

Artikel ini diolah & diterbitkan ke Siakap Keli dengan kebenaran dari sumber asal.

“Benda boleh repair buat apa membazir.” Betul la tu. Lagipun kalau masih elok untuk digunakan, kenapa nak buang atau beli lain.

Seperti suami ini, dia mempunyai idea yang kreatif  menukar sofa lama mengikut citarasa isteri tercinta. Hasilnya sehinggakan dapat menunaikan permintaan si isteri untuk sofa baru. Tak perlu bajet yang banyak pun, semua barang bertukang hanya dibeli di aplikasi e-dagang Shopee.

Bayangkan, daripada sofa ‘3-seater’, lelaki ini dapat mengubahnya menjadi sofa bentuk L. Sangat kreatif dan citarasanya lebih moden.

DIY APA HARI INI.. FUHH LEGA SIAP JUGA SOFA NI LAYANKAN PEMINTAAN ISTERI…

Dapat restore balik sofa ni dengan modal lebih kurang RM400, nak buang sayang sebab rangka masih kuat cuma span yang lusuh. Dari 3 seater jadi L shape seater sambung dari pasangan yang asing.

Alhamdulilah masih belajar bertukang andai ada yang tak lawoo.

Barang-barang semua dapat dari Shopee, ni link dia selamat mencuba time PKP ni.

Untuk span

https://shopee.com.my/product/250382959/3836797225…

Untuk kain

https://shopee.com.my/product/66105132/7333286682…

Untuk webbing tape

https://shopee.com.my/product/98200222/5634751359…

P/s: pemasangan tanpa menggunakan jahitan cuma lipat dan stapler.

 

Sumber: Muhammad Syamim Abdul Razak

Edayu

Lebih banyak menulis dari bersembang

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.