Siakap Keli

Taman Buaya Melaka Buka Lawatan Maya, Tiket Hanya RM7 Pengunjung Boleh Tengok Haiwan Dari Rumah

Dua tahun pandemik membelenggu hidup kita, pasti korang semua sudah rindu suasana seperti dulu kan? Boleh bergerak bebas ke mana-mana sahaja dan bila tibanya hujung minggu, waktu lapang pasti akan diisi dengan berjalan-jalan dan melakukan aktiviti riadah.

Sekarang? Kita semua hanya boleh ‘melepak’ dan ‘bersiar-siar’ di dalam rumah sahaja.

Pun begitu, nampaknya korang semua boleh hilangkan kebosanan di rumah dengan ‘mengunjungi’ Taman Buaya dan Rekreasi Melaka melalui medium Google Meet atau Zoom

Usaha pihak taman buaya itu dalam tempoh PKP ini sebenarnya sangat unik dan merupakan pendekatan yang bijak dalam usaha untuk mengekalkan operasinya.

Bayaran RM7 sahaja

Rasanya ramai yang sudah pun menjadi pengunjung taman itu sejak beberapa hari yang lalu.

Dengan bayaran RM7 sahaja, orang ramai akan berpeluang untuk melihat haiwan-haiwan yang berada di sana dan demonstrasi memberi buaya makan melalui dua sesi iaitu pada pukul 11 pagi dan 2.30 petang.

Menerusi beberapa kiriman di Facebook rasmi Taman Buaya dan Rekreasi Melaka, orang ramai yang sudah pun ‘mengunjungi’ taman itu dilihat berpuas hati dengan lawatan maya tersebut.

Buat yang ingin mengikuti lawatan maya itu, korang boleh membuat tempahan DISINI. Nantilah bolehlah ajak-ajak anak-anak join sekali.

Sumber: Taman Buaya & Rekreasi Melaka

Sofea

There's always another side to every story