Siakap Keli

(Video) 35 Nelayan Menjadi Jutawan Selepas Temui Bangkai Ikan Paus, Ini Sebabnya

YAMAN- Sekumpulan nelayan dari Yaman pergi ke Teluk Aden untuk mencari makanan.

Namun, nasib yang tak disangka-sangka apabila mereka menemui bangkai seekor paus di laut.

Good News Network melaporkan bahawa kejadian ini terjadi kepada 35 nelayan iaitu antara negara termiskin di Timur Tengah. Kini mereka mendapat kekayaan yang luar biasa.

Ditemui, kira-kira 26 kilometer dari pantai bandar pelabuhan selatan Aden, ikan paus itu didamparkan ke kawasan daratan oleh beberapa kapal.

Selepas itu, mereka membelah perut ikan paus yang seberat 280 paun (kira-kira 128 kg) dan menemui ambergris iaitu bahan yang digunakan untuk mendtabilkan wangian dalam minyak wangi.

Lama kelamaan, ia akan berubah menjadi agen perasa dalam minuman keras dan kopi atau kemenyan yang popular di era China kuno, Mesir dan beberapa tempat lain.

Menurut Al-Araby, seorang peniaga dari Arab berminat dan telah membelinya dengan harga $1.5 juta (RM6.2 juta).

“Kehidupan kami berubah selepas kejadian,” kata salah seorang nelayan, Abdulhakeem kepada AFP.

“Ada yang membeli kapal, membina atau membaiki rumah mereka. Saya membuat keputusan untuk membina rumah saya,” katanya.

“Kami hanyalah orang biasa, nelayan yang mencari hasil tangkapan setiap hari,” kata Salim Sharf, salah seorang nelayan yang bertuah itu.

Sumber: Good News Network

Atiqah Aliah

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.