Siakap Keli

(Video) Seinci Dari ‘Maut’, Detik Cemas Wanita Terselamat Dari Dihempap Sofa Dipercayai Dibuang Dari Tingkat Atas

TURKI- Seorang wanita hampir terbunuh kerana sofa yang dipercayai dibuang dari tingkat atas, dalam kejadian yang berlaku di Turki.

Sebuah video menunjukkan sofa ‘terbang’ dari tingkap dan hanya jatuh disisinya beberapa inci dari posisi wanita itu, lapor The Sun.

Mesut Duran, pemilik flat yang tinggal di Uskudar, Istanbul membeli sofa baru dan membung sofa lamanya.

Menurut media tempatan,  lelaki itu terlalu malas untuk menurunkan sofa tersebut lalu mengambil jalan mudah dengan membuangnya melalui tingkap flatnya pada 9 Jun.

Kejadian itu berjaya dirakam oleh kamera litar tertutup (CCTV) kediaman itu.

Video itu menunjukkan seorang wanita berjalan keluar dari bangunan dan hanya selang beberapa saat terlihat sofa itu terjatuh disisinya.

“Saya melihat tiada orang dan mengambil keputusan membuangnya dari tingkap.”

“Jiran saya keluar saat saya membuang sofa tersebut. Dia ketakutan dan saya turut terkejut melihat dia keluar tiba-tiba,” kata Mesut pada laman web berita DHA.

Sumber: The Sun

Atiqah Aliah