Siakap Keli
Gambar: TikTok

(Video) Usaha Jadi Ayah Terbaik, Lelaki Tetap Datang Ke Rumah Bekas Isteri Buat Kejutan ‘Birthday’ Anak

Biarpun telah berpisah dengan pasangan, kasih sayang antara ibu bapa dan anak tak akan terputus hingga ke hujung usia.

Malah, tanggungjawab terhadap anak-anak tetap berjalan seperti biasa walaupun hak penjagaan dimiliki bekas pasangan.

Baru-baru ini, seorang lelaki membuat orang ramai tersentuh dengan tindakannya yang tetap mendatangi si anak bagi menyambut ulang tahun kelahiran kanak-kanak itu.

Menurut Suara.com, biarpun telah bercerai, si ayah telah ke rumah bekas isterinya untuk menghantar hadiah kepada anak mereka.

Kongsi lelaki itu, anaknya pernah memberitahu bahawa dia menginginkan basikal sebagai hadiah hari lahir. Berniat membuat kejutan, si ayah awalnya mengaku kononnya tidak mempunyai wang yang cukup untuk membeli basikal kepada kanak-kanak perempuan itu.

Lelaki itu kemudiannya berpura-pura ingin pulang ke rumah sebelum mengambil basikal yang diletakkan di sebelah rumah, membuatkan si anak terharu dan memeluk lelaki berkenaan.

“Percayalah nak, sekalipun ayah sudah tidak serumah dengan ibumu dan ayah memang tidak setiap waktu di sampingmu, ayah akan selalu berusaha untuk jadi yang terbaik untuk kalian anak-anakku,” tulisnya.

@sittogendenk

♬ Kamu – Kamulah Surgaku – The Rock

Rata-rata warga maya memuji usaha lelaki berkenaan yang terus menjalankan tanggungjawabnya.

Ini baru ayah yang bertanggungjawab, sudah berpisah tapi tetap menafkahi dan menyayangi anak-anak

Buat yang masih ada pasangan, semoga kekal kerana perpisahan itu sakit, apa lagi sudah punya keturunan

Kalau isteri ada istilah ‘bekas’, tapi anak tiada istilah itu

Sumber: Suara.com

Amira

Love yourself.