Siakap Keli

(Video) Wanita Kongsi Perjalanan Diri Habis Ikhtiar Bila Hampir Kena Masalah Buah Pinggang, Suami Perlu RM80 Ribu Bedah Jantung

Bak kata orang, mencegah lebih baik daripada mengubati. Sudah menjadi lumrah kehidupan seorang ibu dan isteri ingin memberikan yang terbaik untuk keluarga mereka. Selain daripada pengambilan ubat, jika masalah kesihatan masih berlarutan tidak ada masalah untuk kita mencuba dan ikhtiar sesuatu yang baru kan?

Dengan keadaan sekarang ni, amalan penjagaan kesihatan sangat perlu dititikberatkan. Selain mengaktifkan diri dengan aktiviti fizikal, berekreasi, bersenam dan bersukan, amalan pemakanan yang baik turut menjadi elemen penting dalam menentukan tahap kesihatan seseorang individu itu.

Sebenarnya masalah kesihatan ini bukan sahaja berlaku pada orang tua malah ia juga boleh terkena dalam kalangan orang muda. Contoh seperti pengalaman seorang wanita ini yang menceritakan tempoh perjalanan dia dan suami berusaha dan ikhtiar untuk mencari suplemen yang bagus sekaligus menghadkan pemakanan hariannya.

Memetik daripada artikel portal MyHealth KKM, secara umumnya Malaysia adalah sebuah negara yang cukup terkenal dengan sajian yang enak dan mempunyai banyak tempat menarik. Walaupun pesakit yang menghidap penyakit ginjal sebenarnya boleh untuk makan di luar tetapi harus mengetahui jenis bahan masakan dan kaedah di sebalik penyediaan makanan tersebut.

Tips Bijak Untuk Diet Ginjal Yang Sihat Semasa Makan Di Luar

Setelah berikhtiar beberapa cara, wanita ini turut berkongsi minuman tambahan yang mengandungi vitamin C serta ramuan tradisional lain yang dikatakan membantu dirinya, suami dan rakan terdekat mendapat kesihatan badan yang lebih baik dari sebelumnya.

Tonton video di bawah:

https://www.facebook.com/VieuraHQ/videos/385466152852106

Sebelum ini, dia mempunyai masalah kencing manis yang teruk dan suaminya pula adalah pesakit jantung yang hampir menjalani pembedahan menukar injab. Kita semua tahu, kos perubatannya bukanlah sedikit dan murah. Namun, selepas mula mengamalkan pemakanan yang sihat dan ikhtiar dengan pengambilan minuman tambahan yang mengandungi vitamin C dan ramuan tradisional dapat membantu dirinya dan suami malah seorang rakan sekerjanya.

“Alhamdulillah, lepas akak amal minum, tahap kencing manis akak dah berkurang daripada bacaan 8 turun jadi 5 macam tu…”

Menerusi video yang dikongsikan, wanita ini bukan sahaja mengamalkan minum ini untuk dirinya malah untuk suami tercinta juga. Menurutnya, selain mendapatkan rawatan di hospital, dia berpuas hati sepanjang mengamalkan minuman tambahan ini yang dilengkapi vitamin, dan ramuan asli tradisional selama hampir tiga (3) tahun.

Pernah dengar tentang minuman G-Asfal dan Jus Alwiqoyah?

Meh sini SK nak kongsi kebaikan yang ada pada kedua-dua minuman ini. Tak rugi kalau korang mencuba kan?

Kebaikan G-Asfal

Minuman ini dapat membantu mengurangkan kebas-kebas kaki dan tangan, percepat mengeringkan luka serta membantu penglihatan yang lebih jelas.

Bukan itu sahaja, minuman G-Asfal ini juga dapat memberi tenaga kepada tubuh badan.

Apa bahan-bahan yang digunakan dalam minuman ini?

Untuk pengetahuan anda, G-Asfal ini mengandungi empat bahan utama semulajadi yang berkesan dan terbukti RnDnya. Ianya mengandungi;

  • Gam Arab

Apa itu Gam Arab?

Mesti korang tak pernah dengar kan tentang gam arab ini. Gam Arab ini berasal daripada pokok Acacia Senegal. Ia akan mengeluarkan lelehan sap (getah) yang berbentuk seperti titisan air dan mengeras menjadi gam.

Khasiatnya sangat baik untuk tingkatkan kecekapan insulin untuk bantu pesakit diabetes. Malah ia juga boleh mengawal paras kolestrol dan gula dalam darah.

Selain itu, G-Asfal juga mengandungi bahan seperti di bawah;

  • Vitamin C
  • Kunyit Hitam
  • Stevia
  • Roselle

Ini baru khasiat dan kebaikan yang ada pada minum G-Asfal, jom kita lihat apa kebaikan tentang Jus Alwiqoyah ini pula…

Kebaikan minuman jus Alwiqoyah ini untuk menguatkan sistem imunisasi dalam badan, membolehkan melakukan aktiviti yang disukai. Ye lah, pergerakan pun tidak terbatas, bolehlah anda melakukan kerja-kerja dan menjalani amal ibadat tanpa rasa letih dan lesu badan.

Bukan itu je, tubuh badan rasa lebih bertenaga dan lebih fokus melakukan sesuatu kerja. Paling penting mendapat kepuasan dalam menjalani ibadah.

Apa kandungan bahan di dalam Jus Alwiqoyah?

  • Arabic gum
  • Roselle
  • Stevia
  • Vitamin C
  • Premix Mineral

Jus Alwiqoyah ini merupakan produk ‘sulung’ keluaran Vieura Sdn Bhd yang mendapat sambutan ramai dan rata-rata pengguna memberi maklum balas yang positif seperti wanita dan pasangan tersebut.

Kali ini, fenomena jus G-Asfal pula akan menjadi produk yang premium dengan formulasi baharu yang lebih baik. Pihak Vieura menyasarkan jumlah jualan sehingga 600 ribu botol terjual tahun 2021 ini.

Selain pelancaran produk baharu, majlis gilang-gemilang ini turut diadakan bagi menghargai kerjasama bersama duta Vieura Group Sdn. Bhd sebelum ini, Asmawi Ani (Mawi World) yang telah bekerjasama sejak 5 bulan lalu.

Selain itu, majlis bertemakan ‘tradisional melayu’ ini juga turut dilaksanakan bertujuan menghargai sokongan dan juga kepercayaan yang diberikan oleh semua team Viera Group Sdn Bhd, termasuk kakitangan, stokis dan ejen.

Bagi menghargai usaha keras mereka, beliau turut menyampaikan beberapa hadiah yang terdiri daripada wang tunai, emas 916, barang elektrik, trofi, cabutan bertuah dan pelbagai hadiah menarik lain turut disediakan.

Sumbangan Vieura untuk Persatuan Cinta Gaza Malaysia

Malah Vieura juga telah memberi sumbangan kepada tabung Palestine sebanyak RM20,000 bagi membantu mereka yang memerlukan di sana. Dalam usaha menjual, juga terselit amalan bersedekah.

Untuk maklumat lanjut tentang produk ini, boleh layari laman Facebook Vieura HQ Malaysia dan laman sesawang Vieura.my

Edayu

Lebih banyak menulis dari bersembang