Siakap Keli
Gambar Via Noel Allen Bose

Bangga Tolong Orang Susah, Peguam Baik Hati Terima Ketam Sebagai Upah Kerana Anak Guam Tiada Duit Nak Bayar Khidmatnya

Seorang peguam di bandar Sorsogon, Filipina dilaporkan telah menerima ketam sebagai bayaran setelah anak guamnya tidak mampu untuk membayar khidmatnya dengan menggunakan duit, lapor GMA News Online.

Noel Allen Bose memuatnaik sekeping gambar di Facebook yang memperlihatkannya sedang memegang beberapa ekor ketam di perkarangan luar mahkamah.

Peguam itu menjelaskan bahawa anak guamnya memberikan ketam itu selepas habis perbicaraan dan mengatakan bahawa dia tidak mempunyai duit untuk membayarnya. Dia dengan baik hati menerima ketam tersebut.

Tular di internet, dia juga berterima kasih kepada warganet yang memberikan kata-kata baik buatnya.

“Ketam sangat mengenyangkan tetapi reaksi anda semua pada kiriman ini membuatkan hati saya lebih ‘kenyang’.

“Saya juga ingin mengucapkan terima kasih kepada peguam yang bekerja untuk kerajaan dan swasta. Mereka biasanya tidak berkongsikan mengenai cabaran yang dilalui tetapi mereka rajin dan setia pada janji mereka untuk membantu sesama warga Filipina,” katanya menerusi Facebook.

Bose juga memuatnaik gambar ketam yang sudah dimasak di ruangan komen.

Sumber: GMA News Online, Noel Allen Bose

Sofea

There's always another side to every story